Susah hati dan panik! Itulah perasaan pelakon dan juga pengacara Karl Shafek apabila mengetahui kucing kesayangannya yang diberi nama Bobby tiba-tiba jatuh sakit.
Artikel Berkaitan: Pernah Simbah Petrol Pada Badan, Karl Shafek Masih Dapatkan Rawatan Pakar Untuk Masalah Depresi
Tak boleh nak bernafas
Menurut Karl, ketika kejadian dia berada di Pekan, Pahang dan terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur selepas dimaklumkan oleh pembantu rumah.
Kata pemilik nama Khairul Shafek Ibrahim, doktor mengesahkan Bobby mengalami masalah jantung yang menyebabkan dia sukar untuk bernafas.
Saya bergegas pulang ke KL dari Pekan, Pahang apabila bibik (pembantu rumah) beritahu anak saya (Bobby) sakit teruk.
Dia (Bobby) mengalami kesukaran untuk bernafas secara normal. Doktor beritahu Bobby ada masalah jantung. Nasib baik saya cepat menghantarnya ke hospital.
Doakan cepat sihat
Dalam pada itu, aktor berumur 43 tahun itu menyatakan Bobby adalah kucing peliharaannya paling baik berbanding 23 ekor yang lain.
Usahawan terkenal ini memohon orang ramai mendoakan kesembuhan Bobby yang sudah dianggap seperti ‘anak’ sendiri.
Mohon doakan budak paling baik antara 23 ekor ‘anak-anak’ saya ini cepat sembuh. Saya risau sangat!
Sumber: Instagram @karlshafek
source https://ohbulan.com/karl-shafek-risau-bobby-sakit-doktor-sahkan-ada-masalah-jantung