Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 9 Mei 2022

Ditinggalkan Sendirian Di Rumah, Remaja OKU Maut Dalam Kebakaran

Foto: Astro Awani

Di Bayan Lepas, Pulau Pinang seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU), 18, dilaporkan maut selepas terlibat dalam sebuah kebakaran di bilik rumahnya di tingkat lapan Pangsapuri Desa Bayan semalam.

Remaja maut terlibat kebakaran

Foto: Astro Awani

Memetik laporan BERNAMA, mangsa, Muhammad Nur Iqmal Aiman Mohd Shakrisham dijumpai dalam keadaan tertiarap dan 80 peratus bahagian belakang badannya melecur.

Ujar Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, Mohd Hafiz Hafizal Timaradin sebaik tiba di lokasi pasukan bomba bertindak memecahkan pintu rumah berkenaan bagi melakukan operasi pemadaman.

Sebaik pintu berjaya dipecahkan, kami mendapati kebakaran itu melibatkan sebuah bilik berkeluasan 9.3 meter persegi dan selepas operasi pemadaman, kami menemukan seorang mangsa lelaki dalam keadaan tertiarap di bucu bilik tersebut.

Bapa keluar bekerja

Sekadar gambar hiasan

Bapa kepada mangsa, akui terkejut dengan insiden yang menimpa anak lekakinya dan mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi tujuan bedah siasat serta punca kebakaran masih dalam siasatan.

Kami dimaklumkan jika bapanya keluar ke tempat kerja, mangsa akan ditinggalkan sendirian dalam bilik tersebut dan mereka memang tinggal berdua sahaja di rumah itu… seorang lagi adik perempuan si mati tidak tinggal bersama.

Saya pergi kerja pada 6.40 pagi dan tutup pintu seperti biasa… ketika sedang bekerja, ada orang beritahu rumah terbakar dan saya terus pergi lihat, tengok-tengok itu rumah saya dan dimaklumkan anak saya turut terlibat.

Sumber: BERNAMA & Astro Awani

source
https://ohbulan.com/ditinggalkan-sendirian-di-rumah-remaja-oku-maut-dalam-kebakaran

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman