Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 29 April 2022

Pernah Kemalangan Masa Bawa Motor RXZ, Lana Nordin Mengaku Dipaksa Buat Hidung – ‘Ada Saja Bersangka Buruk Hati Dah Hitam’

Nama pelakon Lana Nordin menjadi bualan netizen selepas ada yang mendakwa dia membuat pembedahan hidung selepas melihat perubahan bentuk yang ketara.

Kena buka kisah peribadi

Terbaru menerusi Instagram (IG), Lana mendedahkan dia memasukkan plastik pada hidungnya secara berskala selepas terlibat dalam kemalangan ketika zaman persekolahan.

Kata Lana, dia terpaksa menjalani pembedahan ‘rhinoplasty’ untuk membetulkan semula hidung yang telah senget.

Sebenarnya ini peribadi saya yang tak perlu cerita pun tapi sibuk nak tahu. Korang pun dah banyak buat dosa kering. Hidung saya ini masa saya sekolah, saya accident.

Masa itu balik kampung Felda, yang tanah-tanah merah tu. Tangan ini duk gatal nak bawa motor RXZ, lepas itu tak tahu bawa sampai jatuh tersungkur. Hidung berdarah..patah.

Sejak dari itu, hidung saya memang senget. Kena pakai besi untuk beberapa tahun. Lepas itu, disarankan buka dan saya buka letak plastik. Sebab tak tahan, besi sejuk.

Hidung saya senget sampai sekarang. Orang tanya kenapa buat hidung ke? Memang aku buat sebab dipaksa buat hidung patah dah lama dah.

Pemilik nama Mazlina Hasan Nodin memberitahu dia terpaksa melakukan prosedur menukar bagi mengelakkan hidung bernanah. Katanya lagi, jika bukan disebabkan keadaan memaksa, dia tidak akan mengubah ciptaan Allah SWT.

Bila kita tukar rhinoplasty ini, ada jangka hayat. Lima, enam tahun… 10 tahun kena tukar. Jadi saya tukar supaya hidung tidak bernanah. Pakai tulang telinga. Apa lagi korang nak tahu?

Sibuk nau dengan hidung aku. Lubang lain tak nak tahu? Asyik tanya lubang hidung aku saja. Yang brader tu, kata tukar kejadian Tuhan apa la.. eh kau tengok muka aku. Semua original la.

Ada saja bersangka buruk

Dalam pada itu, pelakon siri Suamiku Lelaki Pendosa itu kecewa dengan sikap segelintir individu yang suka bersangka buruk dan menuduh tanpa usul periksa.

Manusia ini, sorry to say, orang Melayu hati tak pernah bersih. Ada saja bersangka buruk, cuba la bersangka baik. Sebab apa hati dah terlalu hitam.

Cuba bersangka baik, hati kita bersih. Kau tak tahu apa cerita aku, kau sibuk nak tahu ni lubang Michael Jackson la. Aku tahu la apa aku buat.

Tak payah ajar aku. Dah umur 44 ini dah tahu apa benda nak buat. Kalau aku jenis nak buat, dah lama dah jadi macam ini (bibir tebal).. tak ada maknanya.

Sumber: Instagram @lananodinmckienzie



source https://ohbulan.com/pernah-kemalangan-masa-bawa-motor-rxz-lana-nordin-mengaku-dipaksa-buat-hidung-ada-saja-bersangka-buruk-hati-dah-hitam

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman