Penyanyi Meghan Trainor bersikap terbuka berkongsi kisah hubungan intim bersama suaminya, Daryl Sabara yang dikatakan sangat ‘menyakitkan’.
Artikel Berkaitan: Didakwa Gigit Kemaluan Wanita Ketika Melakukan Hubungan Intim, Anak Bilionair Disaman
Nak tukar saiz zakar suami
Menerusi podcast ‘Workin On It’, Meghan mendedahkan dia fobia dengan kemaluan suaminya yang terlalu besar sehingga menyebabkan dia hampir tidak boleh berjalan.
Kata Bintang pop berusia 29 tahun itu, dia berharap dapat mengecilkan saiz zakar suaminya supaya lebih selesa ketika bersama.
Selain itu, Meghan memberitahu dia didiagnosis dengan masalah vaginismus selain timbul kebimbangan tentang seks.
Saya harap dapat menukar saiz zakar suami jadi lebih kecil. Ia amat menyakitkan.
Saya diberitahu bahawa saya mengalami vaginismus. Saya sudah cuba pelbagai posisi agar lebih selesa tetapi jadi lagi teruk.
Dalam pada itu, kata pelantun lagu All About That Bass, dia mengambil masa yang lama untuk melakukan seks dengan suami selepas melahirkan anak sulung, Riley, pada tahun 2021.
Jangan pandang, jangan sentuh saya. Saya mengambil masa yang lama untuk melakukan hubungan seks dengannya.
Sumber: Dailymail
source https://ohbulan.com/meghan-trainor-dakwa-zakar-suami-terlalu-besar-harap-dapat-tukar-saiz-sebab-trauma-sakit