Kemelut rumah tangga yang melanda pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah terus berpanjangan hingga kini. Malah, orang ramai sentiasa menantikan kemas kini mengenai kes perceraian antara mereka.
Artikel Berkaitan: ‘Bertahun Puteri Sarah Menunggu Kepulangan Suami’ – Patimah Ismail
Artikel Berkaitan: ‘Kau Ada Masalah Dengan Ex Wife Kau Then Kaitkan Aku? Nak Tumpang Glamour Ke Bro?’ – Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: ‘4 Tahun Puteri Sarah Berjuang, Berharap Suami Kembali Tapi Suami Pilih Perempuan Kejam Itu’ – Patimah Ismail
2 kali diceraikan?
Baru-baru ini, memetik Harian Metro, Puteri Sarah atau nama lengkapnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, didakwa pernah diceraikan sebanyak dua kali oleh suaminya yang juga pengarah popular, Syamsul Yusof.
Menurut sumber tersebut, kedua-dua lafaz talak itu pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Perkara ini memang berlaku dan ada rekod. Malah sudah difailkan pada September 2020 untuk pengesahan lafaz cerai.
Tambah sumber itu lagi, pengarah filem Munafik itu difahamkan tidak menghadirkan diri ke mahkamah ketika itu.
Untuk rekod, kes perceraian pasangan itu masih berjalan di Mahkamah Syariah Rendah Wilayah Perseketuan dan gagal diselesaikan selepas pengarah berusia 39 tahun itu enggan menceraikan isterinya pada 18 April lalu.
Pergolakan rumah tangga mereka bermula selepas kehadiran pihak ketiga iaitu Ira Kazar juga anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi.
Sekitar Januari lalu, Syamsul menerusi sepotong video yang dikongsikan di Instagram miliknya tampil mengakui sudah bernikah dengan Ira di Thailand.
Imbas kembali, Syamsul dan Puteri Sarah bergelar suami isteri pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Sumber: Harian Metro
source https://ohbulan.com/puteri-sarah-didakwa-pernah-diceraikan-sebanyak-2-kali-pada-2020