Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 29 April 2023

‘Alasan Buka Tudung Sebab Tak Nak Hipokrit Adalah Standard Pemikiran Liberal & Sesat’ – PU Syed

Kenyataan pelakon Alya Iman yang memberi alasan menanggalkan tudung kerana tidak mahu hipokrit telah menarik perhatian pendakwah selebriti, PU Syed.

Artikel Berkaitan: Kongsi Gambar Rambut Kepuk Warna Perang, Alya Iman Buka Tudung?

Pintu taubat masih terbuka

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Syed berkata melaksanakan perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan bukan sesuatu yang menjadi pilihan kepada orang Islam.

Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, menyatakan, itu adalah satu kewajipan untuk dilaksanakan kecuali jika ‘dilanggar’ disebabkan darurat.

Selain itu, Syed menegaskan alasan tersebut merupakan pemikiran liberal dan sesat kerana berani mempersendakan perintah Allah.

Dalam pada itu, Syed turut mendoakan agar anak kepada Allahyarham Azmil Mustapha kembali berhijab suatu hari nanti.

Pada 1 Syawal, pemilik nama Alya Ziman Azmil memuat naik foto mengenakan kurung moden berwarna biru dengan gaya rambut berwarna perang.

Sumber: Instagram



source https://ohbulan.com/alasan-buka-tudung-sebab-tak-nak-hipokrit-adalah-standard-pemikiran-liberal-sesat-pu-syed

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman