Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 9 Mei 2022

Minta ‘Transfer’ RM3000, Rizalman Terkejut ‘Scammer’ Menyamar Jadi Raja Permaisuri Agong

Pereka fesyen tersohor negara, Datuk Rizalman Ibrahim mendedahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikatnya, Faizul Surani hampir terpedaya dengan taktik scammer (penipu) yang menyamar sebagai Permaisuri Agong, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Artikel berkaitan : Netizen Dakwa Rizalman & Anak Pergi Langkawi Naik Jet Peribadi, Tinggal Di Villa Mewah Harga Satu Malam RM50,000?

Artikel berkaitan : ‘Jangan Ganggu Kerja Aku’ – Padam Semua Foto Di IG, Rizalman ‘Terasa’ Dengan Komen Netizen?

Scammer menyamar jadi ‘Permaisuri Agong’

Menerusi InstaStory milik Rizalman, individu tersebut telah menceroboh akaun Telegram dan cuba memperdayakan Faizul dengan menyamar sebagai Tuanku Permaisuri Agong.

Dalam pada itu, individu tidak bertanggungjawab tersebut turut meminta pekerjanya untuk memindahkan wang sebanyak RM3,000 kepada akaun bank seorang lelaki dikenali sebagai Khairul Ikhwan.

Faizul boleh transfer RM3,000. Malam saya bagi semula. Ke Khairul Ikhwan. Receipt reference Haja Azizah.

Sempat ‘double check’

Walau bagaimanapun, Faizul sempat membuat semakan serta pengesahan daripada Permaisuri Agong sama ada perbualan mereka itu adalah benar ataupun tidak.

Mohon hati-hati dengan scammer, mereka sudah berjaya menceroboh ke Telegram. Jangan terpedaya dengan scammer! Nasib double check dengan Tuanku. Ampun Tuanku.

Susulan daripada itu, Rizalman turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat individu yang sanggup menyamar menjadi orang lain semata-mata untuk mendapatkan wang dengan mudah.

Kenapa lah makin menjadi-jadi k*s*t*n*n manusia ni kan?

Di InstaStory

Sumber : rizalman71



source https://ohbulan.com/minta-transfer-rm3000-rizalman-terkejut-scammer-menyamar-jadi-raja-permaisuri-agong

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman