Sekadar gambar hiasan
Hanya kerana menggunakan alasan tidak mempunyai duit tambang untuk pulang ke kampung halaman, seorang lelaki di Indonesia ditahan polis gara-gara mencuri duit tabung masjid.
Cuba umpil tabung masjid
Menurut Ketua Polis Geneng, Ngawi, AKP Farid Sudiarta, tindakan berkenaan disedari oleh takmir masjid ketika lelaki berusia 30 tahun itu cuba untuk mengumpil tabung masjid dengan menggunakan pemutar skru.
Pada awalnya, suspek mengakui bahawa dia ingin menunaikan solat dhuha di masjid perkampung Sidorejo, Ngawi, Jawa Timur. Namun, rupa-rupanya dia cuba untuk mencuri duit tabung yang berada di dalam masjid tersebut.
Susulan daripada itu, penduduk kampung yang berada di tempat kejadian bertindak membelasahnya sebelum di serahkan kepada pihak polis.
Alasan tak ada duit nak balik kampung
Sekadar gambar hiasan
Hasil siasatan mendapati suspek terpaksa bertindak sedemikian kerana tidak mempunyai duit untuk pulang ke Banyumas dari Surabaya.
Nasib baik anggota kami berjaya campur tangan dan membawa pelaku ke balai polis.
Dalam pada itu, pihak polis berjaya merampas beg milik suspek yang mengandungi sejumlah kad pengenalan milik orang lain dan beberapa dompet yang didakwa hasil daripada mencuri.
Kini kami sedang menahan suspek untuk disoal siasat dengan lebih lanjut.
Sumber : Kompas.com
source https://ohbulan.com/guna-alasan-tak-ada-duit-nak-balik-kampung-lelaki-sanggup-curi-duit-tabung-masjid