Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 20 April 2022

Suamiku…Pengetuaku! Lelaki Teruja Bakal Nikah Pelajar, Jatuh Cinta Pertama Kali Lihat Di Sekolah

Foto: Wolipop

Kisah percintaan antara seorang pelajar sekolah tahfiz bersama pengetua sekolahnya tular di media sosial dan video yang dikongsi telah meraih hampir 14 juta tontonan di laman TikTok.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ditanya Mengapa Kahwin Awal, Budak SPM Jawab: ‘Buat Kerja Sekolah Ada Orang Teman’

Artikel Berkaitan: ‘Akak 26 Pun Tak Ada Jodoh Lagi Dik…’ – Viral Pelajar Form 4 Pula Tunang, Tak Sempat Ambil SPM Lagi!

Artikel Berkaitan: Tingkatan 3 Kahwin, Tingkatan 4 Dah Ada Baby…

Kalau dah jodoh

Menerusi video pendek dikongsi, memaparkan foto pasangan ini sejak tahun 2019 sehingga 2022 sebelum mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Memetik laporan Wolipop, lelaki tersebut yang dikenali sebagai M. Fajrul Islam, 26, menceritakan kisah cinta mereka mula berputik sekitar tahun 2019 ketika gambar Dila Santika, 19, menghiasi poster sekolah tersebut.

Sudah tentu saya memaparkan sikap profesional ketika berada di sekolah kerana Dila merupakan anak murid saya.

Ujar lelaki ini lagi, Dila merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan ‘perasaan’ itu turut mendapat restu daripada pihak sekolah serta kedua-dua ibu bapa Dila.

Susulan daripada itu, Fajrul terus meluahkan hasratnya untuk memperisterikan Dila dan mengambil keputusan untuk bertunang.

Kebetulan, saya ada melatih Dila dan membantunya dalam persiapan pertandingan. Jadi, mungkin dari situ timbulnya persefahaman antara kami.

Kami akan berkahwin pada Mei ini sejurus selepas Hari Raya Aidilfitri. Doakan yang terbaik buat kami.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kisah bakal pengantin muda ini dan turut menitipkan doa semoga urusan mereka dipermudahkan.

Video penuh:

@fajrulfajDo’akan nggeh ??? Semoga Nular ????? DJ DEAR DIARY KU INGIN BERCERITA SEMALAM AKU BERMIMPI X OCOPAKELE JEDAG JEDUG REMIX 2022 – DJ DESI

@fajrulfaj? DJ Melepas Masa Lajang Ku (Tiktok Sound) – Sound Ori

Sumber: Wolipop & Fajrulfaj

source
https://ohbulan.com/suamikupengetuaku-lelaki-teruja-bakal-nikah-pelajar-jatuh-cinta-pertama-kali-lihat-di-sekolah

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman