Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Khamis, 21 April 2022

Ingin Jaga Hati Semua Pihak, Kazar Enggan Ulas Lebih Lanjut Isu Anaknya – ‘Hanya Mereka Yang Tahu Apa Berlaku’

Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan selebriti terkenal iaitu Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana mendapat perhatian warganet selepas Puteri Sarah mendakwa anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar masih mengganggu rumah tangganya sejak daripada 2019 lagi.

Artikel berkaitan : Puteri Sarah Kongsi Foto Dengan Anak Lelaki, Peminat Titip Kata Semangat – ‘Fight For Your Right!’

Artikel berkaitan : Datuk Yusof Haslam & Isteri Layan Cucu Dengan Baik, Netizen Harap Hubungan Sarah & Syamsul Kembali Pulih

Artikel berkaitan : ‘Memang Tiada Maruah Ke Hadap Suami Orang?’ – Empat Tahun Pendam, Puteri Sarah Mengamuk Dengan Ira Kazar

Nak jaga hati semua pihak

Terbaharu, Kazar menyatakan bahawa agak sukar baginya untuk menjelaskan isu berkaitan dengan anaknya itu yang dikatakan telah mengganggu rumah tangga pasangan selebriti terbabit serta enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara berkenaan.

Tak payah lah, tak ada apa nak komen. Susah nak cakap.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Kazaruddin Saisi berpendapat hanya anaknya dan pasangan selebriti berkenaan sahaja yang tahu apa yang sudah berlaku. Malah, pelakon berusia 63 itu menyatakan bahawa dia perlu menjaga hati semua pihak dalam isu ini.

Mereka saja tahu apa berlaku. Apa yang saya tahu, perkara ini dah kecoh. Saya tak tahu nak komen macam mana sebab kena jaga hati semua pihak apatah lagi di bulan Ramadan ini.

Terdahulu, Puteri sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu oleh pihak ketiga iaitu Ira Kaza dan individu terbabit dikatakan tidak berputus asa mengganggu suaminya.

Sumber : Harian Metro



source https://ohbulan.com/ingin-jaga-hati-semua-pihak-kazar-enggan-ulas-lebih-lanjut-isu-anaknya-hanya-mereka-yang-tahu-apa-berlaku

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman