Penyanyi, Tomok meluahkan rasa terkejut di Instagram apabila anak sulungnya, Arrian Shah Akid boleh menghafal dan menyanyikan lagu ‘Meraung’ ketika sambutan Hari Raya baru-baru ini.
Terkejut ayah
Terkejut ayah dengar Arrian hafal lagu ayah.
Sebagai ayah, Tomok berasa bangga apabila anaknya itu boleh menghafal lagunya sendiri. Lebih mencuri tumpuan, suara Arrian dikatakan sama seperti ayahnya tatkala lagu tersebut tengah ‘hits’ di corong-corong radio. Menerusi video yang dikongsikan juga, Tomok kelihatan tersenyum sewaktu Arrian sedang menyanyi. Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Arrian dan mereka mahu melihat si cilik tersebut melakukan ‘cover’ lagu-lagu New Boyz selepas ini.
Meraung
View this post on Instagram
Selain menyanyi, Arrian juga dilihat fasih berbahasa Mandarin dan pandai mengaji. Malah, si cilik ini turut mencuri perhatian ramai sejak dilahirkan kerana mempunyai raut wajah yang sangat comel.
Sumber: Tomok
source https://ohbulan.com/video-anak-tomok-cover-lagu-meraung-netizen-cakap-kalau-buat-rambut-belah-tengah-mesti-handsome