Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 9 Mei 2022

Dah Habiskan RM38k Untuk Majlis Kahwin, Bakal Suami Tak Nak Datang Beri Alasan Mas Kahwin Tinggi

Sekadar gambar hiasan

Sedih mengenangkan nasib seorang wanita di Thailand apabila dia dipercayai ditinggalkan oleh bakal suami ketika hari perkahwinan mereka. 

Alami kerugian

Foto: Thaiger

Memetik laporan Thaiger, wanita dikenali sebagai Namthip, 40, terpaksa menanggung kerugiaan kira-kira 300,000 baht (anggaran RM38,127.18) berikutan duit tersebut digunakan bagi menampung majlis perkahwinannya dan duit itu dipercayai dipinjam daripada ahli keluarganya.

Bercerita lebih lanjut, bakal suaminya, Suwannahong atau Ek mendakwa dirinya bertugas sebagai seorang askar berpangkat Sarjan Mejar. Bagaimanapun wanita ini meminta Askar Diraja Thailand memeriksa nama bakal suaminya namun alangkah terkejutnya dia selepas mengetahui tiada rekod mengenai lelaki berkenaan di jabatan tersebut.

Saya bercinta dengan Ek sejak Disember tahun lepas. Saya tidak pernah menyiasat latar belakangnya kerana yakin dengan personaliti, gaya pemakaian dan pembawakan diri Ek.

Ibu bapa saya meminta mas kahwin sebanyak 200,000 (RM25,451). Pada mulanya dia bersetuju namun pada pagi sebelum majlis bermula, dia mempersoalkan nilai mas kahwin dan terus menghilangkan diri.

Masih menghilangkan diri

Sekadar gambar hiasan

Mengulas lebih lanjut wanita ini telah menyediakan 50 meja yang berisi makanan dan minuman bagi dihidangkan kepada tetamu yang hadir. Namun, sehingga kini selepas empat hari majlis tersebut berlangsung wanita ini masih tidak mengetahui keberadaan bakal suaminya.

Sumber: Thaiger

source
https://ohbulan.com/dah-habiskan-rm38k-untuk-majlis-kahwin-bakal-suami-tak-nak-datang-beri-alasan-mas-kahwin-tinggi

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman