Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 7 Mei 2022

‘Update’ Suami Curang Di Media Sosial, Wanita Maut Dibunuh Sehari Sebelum Raya

Sekadar gambar hiasan

Di Kajang Selangor, seorang wanita dilaporkan meninggal dunia dipercayai dibunuh oleh suaminya sendiri berikutan tidak berpuas hati atas tindakan mangsa yang memuat naik di media sosial mengenai kecurangan lelaki berkenaan.

Artikel Berkaitan: Tragedi Syawal: Lelaki Tua Maut Dilibas Anak Saudara Sendiri

Isteri dibunuh suami sendiri

Sekadar gambar hiasan

Ujar Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan menerusi laporan Harian Metro, pihaknya telah menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Kajang mengenai seorang wanita, 28, yang tidak sedarkan diri dihantar oleh suaminya sendiri.

Difahamkan insiden tersebut berlaku sehari sebelum Aidilfitri gara-gara si suami tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang memuat naik di media sosial mengenai kecurangannya. Mangsa disahkan meninggal dunia dan hasil pemeriksaan luaran mendapati terdapat kesan lebam di beberapa anggota badan.

Hasil bedah siasat yang dijalankan pada 11 pagi mendapati punca kematian adalah kecederaan abdomen disebabkan hentakan kuat dengan menggunakan senjata tumpul.

Mangsa dipercayai dipukul dengan menggunakan kaki dan tangan serta senjata tumpul sehingga menyebabkan kematian.

Suami telah ditahan

Sekadar gambar hiasan

Kini, suspek, 38, yang bekerja sebagai mekanik kereta telah pun ditahan bagi membantu siasatan dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.

Motif pembunuhan adalah suspek marah dengan mangsa disebabkan dia memuat naik di media sosial bahawa suspek mempunyai hubungan sulit.

Mengulas lebih lanjut, pihak polis turut menemukan bukti dan keterangan jelas mengaitkan suspek terbabit.

Kes dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan bersetuju menuduh suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang Isnin ini.

Sumber: Harian Metro

source
https://ohbulan.com/update-suami-curang-di-media-sosial-wanita-maut-dibunuh-sehari-sebelum-raya

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman