Menerusi tinjauan radio komersial GFK (GFK Radio Audience Measurement) pertama untuk tahun 2022, Media Prima Audio (MPA) masih mengekalkan kedudukannya sebagai rangkaian radio berpengaruh di negara ini dengan menyajikan pelbagai kandungan yang lebih segar, bakat baharu, kempen-kempen menarik dan aktiviti di lapangan yang menjanjikan bilangan pendengar dan penonton.
Hot FM kekalkan kedudukan
Apa yang lebih membanggakan, apabila Hot FM berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai salah sebuah stesen radio terbesar dengan 3,513,000 pendengar setiap minggu. Bahkan jumlah pendengar stesen ini juga menunjukkan peningkatan menerusi kumpulan pendengar berusia di antara 30-34 sebanyak 8% dan mereka yang berusia 35-39 tahun sebanyak 18%.
Bukan itu sahaja, terdapat juga peningkatan jumlah pendengar sebanyak 11% disumbangkan oleh pendengar dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM8,000 dan ke atas. Selain daripada itu, Hot FM juga mempunyai jumlah pengikut teramai di platfom Twitter dengan 1.8 juta pengikut dan 1 juta pengikut di TikTok.
Stesen berita Bahasa Melayu
Manakala, stesen berita Bahasa Melayu MPA, Buletin FM berjaya mencapai jumlah pendengar sebanyak 236,000 setiap minggu, dengan peningkatan sebanyak 31,000 pendengar secara mingguan berbanding dengan keputusan tinjauan kedua pada tahun 2021. Bukan itu sahaja, Buletin FM juga telah mengukuhkan kedudukannya sebagai stesen radio berkredibiliti buat pendengar kolar putih (PMEBs) dengan peningkatan jumlah pendengar sebanyak 40%.
Dilancarkan pada Januari lalu, Molek FM bertujuan untuk memberikan hiburan dan meraikan komuniti Pantai Timur melalui gaya hidup, warisan dan aspek tradisi masyarakat setempat menyasarkan demografi pendengar yang lebih besar di negeri Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.
Stesen ini berjaya mengumpulkan sejumlah 246,000 pendengar pada setiap minggu dan apa yang lebih membanggakan apabila walaupun baru dilancarkan, Molek FM telah merekodkan sebanyak 7 jam 46 minit seminggu untuk jumlah masa mendengar (TSL).
Fly FM & 8 FM
Manakala bagi radio Bahasa Inggeris nombor 2 di Malaysia, Fly FM telah merekodkan 1,033,000 jumlah pendengar mingguan dan berlaku peningkatan pada jumlah pendengar bagi segmen pagi Fly FM sebanyak 70% serta segmen petang sebanyak 32% bagi kumpulan pendengar berumur 30-34. Bukan itu sahaja, Fly Fm turut berjaya menggandakan pendengar eksklusifnya kepada 96,000 pendengar pada setiap minggu.
Bagi stesen radio Bahasa Cina tunggal di bawah naungan MPA, 8FM telah merekodkan sebanyak 447,000 pendengar pada setiap minggu, dengan peningkatan bagi kumpulan pendengar berumur 10-14 dan 20-29. Selain itu, terdapat juga peningkatan sebanyak 54% daripada pendengar dengan pendapatan isi rumah berjumlah RM8,000 dan ke atas.
Selain daripada itu, Audio+ adalah aplikasi baru yang akan menjadi pusat sehenti bagi orang ramai untuk mendapatkan pelbagai kandungan radio, digital dan sosial antaranya siaran radio secara langsung, audio siar (podcast), video dan banyak lagi.
Dengan adanya aplikasi Audio+ ini, kelima-lima stesen radio akan berada dalam satu aplikasi sehenti yang juga memuatkan audio siar (podcast) serta kandungan yang lebih menarik. Kalau anda nak tahu, Audio+ boleh dimuat turun melalui aplikasi Google Play, App Store dan Huawei AppGallery.
Rujukan: GfK Radio Audio Measurement Wave 1, 2022.
Kajian tinjauan radio komersial GfK (GfK Radio Audience Measurement) telah dilakukan selama enam minggu dengan pendekatan metodologi gabungan dengan saiz sampel seramai 6,639 orang.
source https://ohbulan.com/hot-fm-berjaya-kekalkan-kedudukan-stesen-radio-terbesar-berjaya-raih-3-5-juta-pendengar-setiap-minggu