Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini akan diuji oleh Allah S.W.T dalam pelbagai bentuk dugaan yang mendatang. Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Suee Anna meluahkan rasa sedih apabila anaknya menghidap penyakit kulit sehingga kulit kanak-kanak itu bersisik dan mengelupas.
Kulit anak bersisik & mengelupas
Menerusi beberapa video yang dimuat naik olehnya, si ibu berkongsi kisah anaknya, Muhammad Izzat Rafael yang menderita dengan penyakit kulit. Lebih sebak lagi apabila di usia yang muda dan tidak tahu apa-apa lagi, kanak-kanak lelaki itu hanya mampu menangis menahan kesakitan.
Anak start sakit masa umur sebulan. Gambar dari umur sebulan sampai sekarang memang penyakit dia akan naik sebulan sekali. Bayangkan dalam pantang dia menangis sebulan tak tahu punca kenapa dia menangis.
Ujarnya lagi, doktor mengesahkan anaknya itu menghidap penyakit Psoriasi Pustular iaitu sejenis penyakit kulit yang menyebabkan tompok-tompok putih berkerak serta ditutupi dengan kulit mengelupas berwarna keperakan.
Tak sanggup nak pertahankan hati, jiwa dan raga saya tengok dia tahan sakit derita yang dia hadapi bukan saya minta simpati.
Doktor cakap sakit Psoriasis Pustular di mana doktor suruh saya follow up dan dia kata anak saya ni 70% boleh sembuh.
Si ibu turut menyatakan bahawa anaknya akan bersalin kulit pada setiap bulan. Walau bagaimanapun, dia reda dengan ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T dan berharap agar anaknya itu akan sembuh suatu hari nanti.
‘Doakan Muhammad Izzat sihat’
@sueeanna96 Gambar dari umr sebulan smpai sekrg mmg naik sebulan sekali sakit ni bygkn dlm pntg dia mngis sebulan xtau punca knp dia ngs mcm swan tangis tpi xdk ap Allah uji #anaksyurgaku? #fyp ? Tuhan Jaga Dia Untukku – Fiena
@sueeanna96 Budak tuah mama ??? sihat cpt nk kutip duit raya 2 tahun dh adik xboleh raya ? #fyp ? Laper Laper Ha – Faiha
‘Budak bertuah mama’
@sueeanna96 Nk dekt raya dia bt flare blk ?????? bila nk blh beraya ni dek #fyp? #fypberanda ? bunyi asal – SUEE ANNA?
@sueeanna96 Lega dek dh nk raya ????#fyppppppppppppppppppppppp #fyp ? bunyi asal – SUEE ANNA?
Sumber : sueeanna96
source https://ohbulan.com/video-ibu-reda-anak-menderita-penyakit-psoriasis-pustular-kulit-bersalin-setiap-bulan