Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 4 April 2023

‘Zalina Dekat Mana? Raya Tak Lama Lagi, Pulanglah’ – Ras Adiba

Umum mengetahui mengenai berita kehilangan personaliti televisyen Zalina Azman sejak November 2021 dan sehingga kini masih tidak ditemui. Malah berita tersebut kecoh dan menjadi tajuk utama di pelbagai platform media.

Artikel berkaitan: Ras Adiba Tak Putus Asa Seru Zalina Azman Pulang – ‘Kami Semua Rindu Kau’

Artikel berkaitan:Rumah Zalina Azman Didatangi Pasukan Forensik Bukit Aman?

Ajak pulang sambut raya

Bermula detik itu juga, rakan baiknya, Ras Adiba Radzi menjadi individu yang tidak pernah putus menyeru kepulangan Zalina atau dengan panggilan akrabnya, Zal.

Terbaharu, Ras Adiba menerusi satu hantaran video di laman TikTok sekali lagi meminta rakannya itu untuk pulang ke rumah memandangkan hari raya akan tiba tidak lama sahaja lagi.

Hi Zal, Zal dekat mana? Raya tak lama je lagi, pulanglah. Kami (keluarga dan rakan) rindu.

Pada hantaran sama, Ras Adiba turut berkongsi sekeping gambar Zalina sewaktu usia mudanya.

Netizen sebak dan terus mendoakan

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya meluahkan rasa sebak selain mendoakan agar personaliti televisyen itu ditemui.

Terdahulu, pada Julai tahun lalu, media tempatan melaporkan polis giat mencari Zalina yang dilaporkan hilang sejak November 2021.

Zalina dilaporkan hilang selepas anaknya, Mikhael Norman gagal menghubungi ibunya itu untuk memaklumkan berita bapa personaliti televisyen tersebut telah dimasukkan ke hospital.

Sumber: TikTok 



source https://ohbulan.com/zalina-dekat-mana-raya-tak-lama-lagi-pulanglah-ras-adiba

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman