Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 3 April 2023

Tak Dapat Duit Beli Rokok, Anak Tetak Bapa Guna Parang Sebanyak 4 Kali Hingga Mati

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara tidak diberi wang untuk membeli rokok, seorang lelaki tergamak menetak bapa kandungnya sehingga mati menggunakan parang.

Tetak bapa guna parang

Sekadar gambar hiasan

Suspek iaitu Fadhil Azhari berusia 25 tahun yang berang dengan bapanya, Otriman,63, bertindak memukul kepala mangsa hingga jatuh sebelum mengambil sebilah parang lalu menetak leher mangsa sebanyak empat kali. Kejadian kejam itu berlaku di ruang tamu rumah mereka di Desa Tanah Merah, Indonesia.

Menurut Ketua Polis Siak Hulu, Zainal Ariffin, kejadian tersebut terbongkar selepas jiran tetangga terdengar perbalahan antara dua beranak itu sebelum melihat suspek menyeret mangsa keluar dari rumah.

Menurut saksi, suspek telah melarikan diri menaiki motosikalnya namun berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dua jam kemudian. Mereka kemudian menyerahkan suspek kepada pihak polis.

Semasa soal siasat, suspek memberitahu bahawa dia bukanlah anak kandung mangsa sebaliknya anak angkat yang dipelihara keluarga mangsa sejak kecil. Siasatan juga mendapati, suspek tidak bekerja dan sering meminta wang daripada bapanya. Apabila permintaannya tidak ditunaikan, suspek akan mengamuk.

Sumber: Hot Grid



source https://ohbulan.com/tak-dapat-duit-beli-rokok-anak-tetak-bapa-guna-parang-sebanyak-4-kali-hingga-mati

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman