Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 4 April 2023

‘Saya Tak Nak Hipokrit…Memang Tak Halalkan Baki Bayaran’ – Fendy Caliph Buskers

Pemain dram kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun memberitahu dia tidak akan menghalalkan baki bayaran persembahan di Pulau Pinang yang disertai kumpulan itu pada 9 dan 10 Disember tahun lalu yang masih belum dilunaskan oleh pihak penganjur.

Artikel berkaitan: ‘Tolonglah, Kami Perlu Wang Itu’ – Caliph Buskers Mohon Penganjur Langsai Hutang Malam Ini

Wang titik peluh kami

Menerusi laporan Harian Metro, Fendy, 32, berkata, daripada jumlah RM10,000 untuk bayaran persembahan itu, dia difahamkan sebanyak RM2,000 saja sudah dibayar penganjur sebagaimana dimaklumkan pengurus Caliph Buskers.

Pada Ramadan mulia ini, saya tak nak hipokrit. Saya memang tak akan halalkan baki bayaran yang belum dibayar itu. Bagi pihak saya, ia wang titik peluh kami (Caliph Buskers) yang sudah bekerja. Apatah lagi, kami ini OKU (Orang Kelainan Upaya) penglihatan.

Saya tak nafikan mungkin bukan rezeki. Tapi, perkara bayaran ini sepatutnya dibincangkan dengan jelas sejak awal apabila tawaran dibuat pihak terbabit iaitu jumlah yang mampu dibayar kepada kami. Bukan berjanji dulu dan kemudian tidak ditepati.

Tambah Fendy, Allah maha adil. Mereka mungkin terlepas di dunia, tapi tidak semestinya terlepas juga di akhirat. Ujar Fendy lagi, dia sedang sibuk dengan aktiviti ‘busking’ setiap hari di tempat-tempat ditetapkan untuk mencari rezeki.

Sejujurnya, tawaran persembahan diterima Caliph Buskers tidak sebanyak dulu. Pada Januari dan Februari lalu, kami (Caliph Buskers) dapat satu tawaran persembahan dalam sebulan. Pada Mac pula, dapatlah dua persembahan.

Jadi, kehidupan tetap kena diteruskan dan saya perlu mencari rezeki untuk menyara anak tunggal istimewa, Nur Azalea Zafirah, 8. Alhamdulillah, ada rezeki dan peluang ‘busking’ dan saya buatlah ikut kemampuan diri.

Pendapatan ‘busking’ ini bolehlah dapat RM70 ke RM80 sehari, kalau hari biasa. Untuk Ramadan ini, rezeki bertambah sedikit antara RM100 ke RM150 pada hujung minggu.

Sumber: Harian Metro



source https://ohbulan.com/saya-tak-nak-hipokrit-memang-tak-halalkan-baki-bayaran-fendy-caliph-buskers

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman