Cuti sekolah nanti korang dah ada plan ke untuk berjalan ke mana-mana? Kalau korang belum pernah melancong ke luar negara, apa kata tahun ni kita kasi jadi? Pergi Australia seronok jugak tau guys.
Australia merupakan negara paling dekat sekali dengan Malaysia yang ada 4 musim tau. Ramai yang teringin ke sana. Lagi-lagi kalau dapat melawat Gold Coast, Australia yang merupakan tempat pelancongan bertaraf dunia. Fuh!
Percutian ke Gold Coast penuh dengan warna-warni, seronok gila!
Gold Coast ialah destinasi percutian terbaik untuk keluarga, geng travel dan pasangan yang mencari pelbagai pengalaman. Selain berseronok di pantai, korang boleh bermain di taman teman terkenal yang besar kat sini.
Landskap di Gold Coast yang luar biasa akan buatkan korang seperti berada di dunia lain. Ia terkenal dengan tarikan semula jadi termasuk keindahan pantai yang tidak berpenghujung. Lautnya sangat cantik!
Korang juga akan terkesima dengan keindahan taman negara kat sini. Boleh jumpa pelbagai haiwan menarik di Australia seperti kanggaru dan koala. Serius cute!
Sesiapa je yang datang ke Gold Coast, balik mesti rasa segar dan puas hati. Percutian korang ke Gold Coast akan jadi seronok kerana banyak boleh diterokai kat sini. Penuh dengan suasana warna-warni yang indah. Serius teruja!
Nikmati keindahan warna biru di kepulauan menarik
Nama pun kawasan bandar berpantai, mesti la lautnya cantik kebiruan. Gold Coast memiliki lebih 70km garis pantai tak berputus. Selain menaiki perahu jet dan makan di tepi pantai, korang berpeluang menonton ikan paus bermusim antara bulan Jun hingga Oktober. Hidupan marin di sini juga banyak!
Paling menakjubkan, korang juga boleh nikmati pemandangan Gold Coast yang gah di Sky SkyPoint Observation Deck and Climb dengan 77 tingkat ni. Kalau korang antara yang berani dan sukakan ketinggian, boleh ambil aktiviti untuk memanjat di tingkat paling atas Skypoint ini. Fuh!
Santaikan diri dengan suasana kehijauan yang menenangkan
Pecinta alam yang suka kehijauan biasanya gemar meneroka hutan hujan tropika, taman negara, ladang dan lain-lain. Datang Gold Coast jangan lupa meneroka Tamborine Rainforest Skywalk. Ini la peluang untuk bersantai sambil nikmati keindahan alam semula jadi hutan hujan Australia.
Korang wajib melawat Glow Worm Cave Tamborine Mountain yang terletak di Ladang Cedar Creek. Tengok sendiri keunikan cacing bercahaya di sini. Pergi Gallery Walk, Vineyard dan Mountview Alpaca Farm pun seronok!
Buat pasangan dan geng travel, korang boleh pilih untuk retreat di O’Reilly’s Rainforest Retreat. Banyak pilihan farm stay di kawasan pedalaman Gold Coast untuk korang yang bawa keluarga ke sini. Syoknya jalan-jalan!
Momen keemasan dengan pemandangan matahari terbit & terbenam di Gold Coast
Momen paling dinantikan bila ke pantai, semestinya melihat matahari terbit dan terbenam. Di Gold Coast yang penuh dengan pantai dan pemandangan laut yang cantik, korang akan nikmati view matahari terbit dan terbenam yang menakjubkan.
Jangan lepaskan peluang memiliki momen keemasan seperti menaiki belon udara panas dan memeluk koala di Currumbin Wildlife Sanctuary. Kalau korang ke Gold Coast bersama keluarga, wajib ke 3 taman tema terbesar di sini. Antaranya:
- Dreamworld
Taman tema terbesar di Australia, Dreamworld menyediakan hiburan menggembirakan dengan lebih 50 kereta gelongsor untuk dinaiki dan pelbagai tarikan yang sesuai untuk semua orang. Korang juga boleh rasai pengalaman menarik bersama haiwan aussie seperti kanggaru dan koala.
- Warner Bros. Movieworld
Tenggelam dalam dunia fantasi dan keseronokan, ini la rumah kepada watak DC Rivals. Korang boleh jumpa ramai superhero kesukaan korang. Paling teruja, ada hypercoaster terpanjang, tertinggi dan terpantas iaitu D.C. Rivals Hypercoaster.
- Seaworld
Rumah kepada haiwan marin untuk korang berkawan. Ada beruang kutub, penguin, ikan lumba-lumba, anjing laut dan banyak lagi. Banyak persembahan menarik untuk korang tonton di sini. Presint baharu yang dinamakan The New Atlantis dengan 3 tunggangan baharu turut dibuka sekarang. Yay!
Rasai keseronokan merah jambu yang sangat fantastik
Selepas seharian berjalan di siang hari, waktu malam korang boleh enjoy di Miami Marketta night market. Ada muzik, street food dan sebagainya. Dibuka secara percuma kepada orang ramai setiap hari Rabu, Jumaat dan Sabtu dari 5 petang.
Paling seronok kalau pergi HOTA (Home Of The Arts). Korang boleh tengok hasil-hasil seni di bangunan khas mereka. Jangan lupa ke ruang makan atas bumbung ‘Exhibitionist Bar’ untuk melihat pemandangan dari udara Gold Coast.
Nak penginapan istimewa? Gold Coast memiliki banyak penginapan funky seperti The Pink Motel, The Island, kabin QTQT dan lain-lain. Sumpah menarik!
Wah, tak sangka! Memang seronok warnai percutian ke Gold Coast. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu AirAsia X dah kembali ke Gold Coast, Australia. Seronok tak terkata la!
AirAsia X buat comeback ke Gold Coast, korang dah boleh travel ke Australia sekarang!
Lama kita tunggu, akhirnya ia telah pun tiba. AirAsia X, syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di Asia menyambung semula perkhidmatan ke laluan Gold Coast, Australia selepas lebih dua tahun dihentikan kerana pandemik.
Satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan perjalanan dari Malaysia ke Queensland
Apa yang uniknya tentang AirAsia X? Ia merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang secara terus dari Malaysia ke Queensland. Tak ada kat tempat lain, hanya AirAsia X yang tawarkan perjalanan macam ni tau.
AirAsia X menawarkan penerbangan terus sebanyak 3X Mingguan ke Gold Coast, bermula dari 31 Mac 2023. Ini la masanya untuk korang melancong ke Australia, negara yang diidamkan ramai.
Fuh, hati berdebar-debar betul! Tak sabarnya nak travel ke Gold Coast, Australia. Haa.. AirAsia X ada tawaran tambang penerbangan menarik untuk korang ni!
Tambang penerbangan dari KL ke Gold Coast bermula dari RM599
Bagi meraikan penyambungan semula perkhidmatan ke Gold Coast, AirAsia X menawarkan tambang all-in dengan penerbangan terus dari KL dan Gold Coast bermula RM599 bagi tempat duduk ekonomi manakala RM3,999 sehala bagi tempat duduk premium Flatbed. Yay!
Tawaran ni untuk tempoh perjalanan bermula sekarang hingga 14 Disember 2023. Rancang percutian korang dan jom tempah tiket penerbangan ke Gold Coast bersama AirAsia X.
Nak tahu info lebih lanjut tentang penerbangan dari KL ke Gold Coast? Korang boleh klik SINI.
source https://ohbulan.com/warnai-percutian-ke-gold-coast-yang-penuh-dengan-tarikan-menarik-boleh-ajak-geng-travel