Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 25 April 2023

‘Kalau Nak Curang, Dialah Rugi! Bini Dah Cukup Elok’ – Isteri Nabil Ahmad

Sebelum ini, pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad mendedahkan kes kemelut rumah tangga yang menimpa rakan selebriti sedikit sebanyak memberi kesan kepada isterinya, Nazirah Ayub.

Artikel berkaitan: ‘Jangan Buat Main Perkara Begini’ – Nabil Ahmad Kesal Gaya ‘Angkat Jari Satu’ Dikaitkan Dengan Curang

Artikel berkaitan: Dilabel Tak Profesional Tegur Raisa ‘Speaking’, Ini Kata Nabil Ahmad – ‘Kami Dah Jumpa Belakang’

Artikel berkaitan: [VIDEO] ‘Bahan’ Raisa Guna Bahasa Inggeris, Nabil Ahmad Dilabel Tidak Profesional

Ujian diatur Allah

Susulan itu, Nazirah atau mesra dengan sapaan Zira tampil memberi penjelaan berhubung kenyataan suaminya.

Ketika ditemui Oh Bulan!, Zira berkata dirinya tidak menafikan hal tersebut, bagaimanapun percaya setiap pasangan suami isteri tidak terlepas dengan ujian. Malah, dia percaya setiap dugaan yang diturunkan merupakan ketetapan daripada Tuhan.

Tidak dinafikan sedikit sebanyak hal rumah tangga yang berlaku dan menimpa rakan-rakan artis ada juga memberi kesan kepada kami berdua. Tapi itu sebenarnya untuk kami berdua ambil pengajaran daripada yang berlaku.

Pada pendangan peribadi saya, kejadian tersebut jika mahu terjadi, tetap akan terjadi juga. Tidak boleh cakap nak berhati-hati, jaga macam mana pun seperti perut dia lah itu dan ini, kalau ingin berlaku, tetapi Allah kata berlaku.

Nabil akan rugi

Sementara itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, suaminya akan menjadi orang yang paling rugi seandainya berlaku curang terhadap dirinya.

Rutin kami dari dulu hingga sekarang adalah sentiasa berkongsi di mana keberadaaan masing-masing. Apa yang dilakukan dan sebagainya. Jadi ada kepercayaan antara satu sama lain.

Saya sebagai seorang isteri dah buat yang terbaik untuk bahagian saya dan begitu juga dengan Nabil sebagai suami. Kalau nak curang dia rugilah, saya okay sahaja. Bini awak dah cukup elok dengan tiga orang anak perempuan, apa lagi awak nak, saya tidak rugi apa-apa.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai persiapan menyambut Syawal, Zira memaklumkan dia dan suami pada tahun ini banyak memberi fokus kepada tiga puteri mereka.

Sambutan raya tahun ini sama seperti tahun-tahu sudah, anak saya semua perempuan, jadi kita meriahkan dengan banyak baju-baju untuk mereka. Apa mereka nak pakai semua saya dan Nabil tunaikan.

Setakat ini yang dah siap sebanyak lima pasang kesemuanya. Yang penting pagi raya wajib sedondon.

Untuk rekod, Nabil dan Zira selamat mendirikan rumah tangga pada September 2011. Pasangan itu dikurniakan tiga orang ccahaya mata perempuan iaitu Nayla Mikayla, 11, Leyla Medyna, 9, dan Mishall Imani, 4.



source https://ohbulan.com/kalau-nak-curang-dialah-rugi-bini-dah-cukup-elok-isteri-nabil-ahmad

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman