Personaliti media sosial, Elcah tampil memberi penjelasan di Instagram (IG) apabila bekas suaminya menggelarnya kaki ‘spin’ pusing cerita.
Artikel Berkaitan:[VIDEO] ‘Instafamous’ Dedah Bercerai Selepas 8 Hari Kahwin
Artikel Berkaitan:‘Kau Ada Masalah Dengan Ex Wife Kau Then Kaitkan Aku? Nak Tumpang Glamour Ke Bro?’ – Puteri Sarah
Jadikan tempat persinggahan?
Dakwa Elcah, dia yang teraniaya dalam perkahwinan yang baru dibina selama lapan hari. Dakwanya lagi, dia dikhabarkan dengan berita wujud bayi dan wanita lain yang perlu diberi perhatian.
Soal Elcah, adakah salah apabila dirinya menolak untuk hidup berpoligami yang didakwa demi menutup aib bekas suami dan pihak ketiga.
Tegas ‘influencer’ ini, dia sudah tidak mampu bersabar lagi kerana perlu mempertahankan maruahnya yang sudah tercemar dek kerana keluar cerita yang tidak benar.
Siapa yang kaki spin dan siapa yang pijak semut tak mati? Kau yang aniaya aku dalam perkahwinan yang baru dibina lapan hari dan aku dikhabarkan dengan berita ada bayi yang patut dijaga, ada wanita lain yang patut diberi perhatian.
Kau tahu apa yang kau buat dengan perempuan tu dan sampai ada perkara yang tak sepatutnya berlaku dan jadikan aku sebagai tempat persinggahan kau selama 8 hari.
Itu kau cakap aku yang salah lagi? Adakah salah aku menolak poligami yang kau rancang demi menutup aib kau bersama perempuan jalang tu?
Bukan main lagi kau up story aktres, Puteri Sarah Liyana untuk kutuk aku. Aku dah lama bersabar dan bertahan, aku juga ada maruah untuk dijaga.
Cerai 19 April
Tambah Elcah, tarikh sebenar bekas suami melafazkan cerai talak satu adalah pada 19 April namun ‘hadiah’ menyayat hati itu diterima selepas lapan hari mereka sah menjadi suami isteri.
Dalam pada itu, usahawan ini juga menyatakan dia tidak peduli apabila bekas suaminya rancak menjaja kisah buruk. Dakwanya, dia sudah meletakkan usaha yang tinggi untuk menjayakan majlis perkahwinan mereka meskipun bekas suami bersikap acuh tak acuh.
Kau nak burukkan aku dekat kawan-kawan kau. Teruskan tetapi kau kena ingat, sepanjang perkenalan kita, aku meletakkan usaha (effort) yang tinggi sampailah kau malas nak pergi fitting baju kahwin, malas nak keluar bincang pasal perkahwinan dan banyak lagi yang tidak terungkap.
Siapa yang bila masa pergi dating sampai rushing nak balik, jam iwatch bila masuk whatsApp kau terbalikkan jam itu? Tolong bagitahu saya.
After all, i should have listen to myself to not continue the wedding after seeing a bunch of red flag from you. Allah sebaik baik perancang.
Sebelum ini, Elcah mendedahkan dia sudah bercerai dengan bekas suami selepas lapan hari melayari bahtera rumah tangga.
Sumber: Instagram
source https://ohbulan.com/influencer-dakwa-bekas-suami-suruh-poligami-wujud-wanita-lain-bayi-yang-kena-jaga