Hari Raya Aidilfitri semestinya perayaan yang penuh dengan kemeriahan buat seluruh umat Islam yang meraikannya. Namun, tidak semua berpeluang meraikan hari raya dengan orang yang tersayang.
Artikel Berkaitan: Masih Belum Ditemui, Keluarga Nur Hafizah Sambut Syawal Dalam Duka
Artikel Berkaitan: Tragedi Sebelum Raya, Suami Isteri Maut Kereta Bertembung Dengan Bas
Artikel Berkaitan: Tragedi Sebelum Raya, Suami Isteri Maut Kereta Bertembung Dengan Bas
Baju melayu siap digantung
Sekadar gambar hiasan
Menerusi video di TikTok, pihak pembersihan forensik iaitu DDQ Services yang bertanggungjawab menghilangkan sisa daripada badan mayat yang reput telah berkongsi kisah yang menyayat hati sebelum menjelang Syawal.
Difahamkan, kisah itu tentang seorang warga emas yang berasal dari Singapura dan hanya sebatang kara di sebuah rumah yang disewa.
Apa yang lebih menyedihkan apabila dilihat sepasang baju melayu, samping dan sepasang kasut yang tergantung kemas menunjukkan keterujaannya untuk meraikan hari raya.
Pekerjaan ini membawa saya ke sebuah bilik sewa kecil di atas sebuah rumah kedai di mana seorang lelaki berbangsa Melayu yang meninggal dunia seorang diri.
Pak cik itu tidak mempunyai keluarga atau saudara mara, namun tetap teruja untuk menyambut hari raya walaupun tiada sesiapa untuk dikongsikan kebahagiaan itu.
Tambah ahli DDQ Services itu lagi, warga emas tersebut menyimpan impian untuk memiliki sebuah rumah.
Keadaan bilik
Apabila menyentuh keadaan bilik yang disewa warga emas tersebut ketika itu, ahli DDQ Services itu dikejutkan dengan limpahan air yang banyak.
Saya terkejut sebab limpahan air itu hampir separas buku lali, gabungan air daripada paip kumbahan yang tersumbat, cecair badan, dan sisa-sisa pereputan.
Air yang keruh itu dipenuhi ulat-ulat yang berenang melalui air yang tercemar itu.
Menurutnya, sebagai seorang yang bekerja di dalam bidang berkenaan, dia akui pengalaman tersebut amat menyedihkan dan sukar untuk menahan rasa sedih dengan tragedi yang terjadi.
Sumber: TikTok @ddqservices
source https://ohbulan.com/video-baju-melayu-tergantung-kemas-warga-emas-meninggal-dunia-seorang-diri