Gambar sekadar hiasan
Seorang kanak-kanak perempuan bernama Nur Imani yang baru sahaja berusia setahun tujuh bulan disahkan maut akibat strok haba di Kota Bharu pada Selasa yang lalu.
Artikel Berkaitan: Kejut Anak Tidur Tiada Respon, Maut Akibat Strok Haba Dalam Bilik Sendiri
Air dalam badang kering, paru-paru kecut
Foto: Astro Awani
Menurut bapa Imani, Ahmad Faris Fazli Mohd Nasir memaklumkan bahawa anak tunggalnya itu mula batuk sejak seminggu yang lalu dan mengalami simptom seperti muntah-muntah beberapa hari selepas itu sebelum menjadi kritikal pada Isnin malam.
Punca kematian hasil ‘post-morterm’ adalah disebabkan strok haba. Air dalam badan semua kering, paru-paru sudah kecut semua.
Melihat keadaan anaknya yang mulai lemah, Faris dan isterinya membawa Imani ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan sebelum diminta untuk ke hospital.
Semasa dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II, keadaan anak saya lemah dan kesejukan.
Namun doktor yang bertugas di unit kecemasan pada malam berkenaan hanya memberikan ubat dan meminta kami membawa pulang anak kami.
Doktor bagi balik, saya pun tak tahu… memang niat nak suruh masuk wad sebab anak saya lembik dah.
Imani yang semakin lemah kemudiannya disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 pagi Selasa yang lalu.
Terdahulu, terdapat satu kes membabitkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang meninggal dunia akibat strok haba di Kelantan selepas dikatakan bermain di luar rumah pada hari raya pertama sewaktu cuaca panas.
Hasil bedah siasat mendapati bahawa buah pinggang serta jantung kanak-kanak lelaki itu rosak akibat dihidrasi yang teruk.
Sumber: Astro Awani
source https://ohbulan.com/kanak-kanak-perempuan-usia-setahun-maut-akibat-strok-haba-air-dalam-badan-semua-kering