Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 14 April 2023

Rangka Wanita Reput & Berulat Ditemui Dalam Bagasi Di Perhentian Bas

Foto: Sinar Harian

Rangka mayat seorang wanita yang telah reput dipercayai mangsa bunuh dijumpai di sebuah beg bagasi yang ditinggalkan di sebuah hentian bas terbiar berhadapan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kulai, semalam.

Rangka mayat dalam bagasi

Foto: Harian Metro

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada seorang lelaki berhubung penemuan rangka mayat yang berulat dan telah reput hampir 50 peratus.

Hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati rangka mayat itu sukar untuk dijustifikasi dari segi jantina, umur dan tempoh kematian. Bagaimanapun, rangka mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi proses bedah siasat.

Hasil bedah siasat mendapati, jantina mayat berkenaan adalah seorang wanita berusia anggaran 25 tahun, dengan terdapat kesan kecederaan di bawah kulit bahagian kepala.

Mangsa dipercayai telah meninggal dunia selama tempoh dua minggu namun punca kematian masih dalam siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Sivachandran di talian 016-2850204.

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai Johor



source https://ohbulan.com/rangka-wanita-reput-berulat-ditemui-dalam-bagasi-di-perhentian-bas

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman