Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 14 April 2023

Isteri Hafidz Roshdi Hamil 10 Minggu, Pengsan Di Hospital Sebab Badan Lemah

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mendedahkan dia kini sedang hamil anak ketiga.

Artikel Berkaitan: ‘Korang Berdua Contact Sehingga 25 Januari!’ – Isteri Hafidz Roshdi Nasihati Athira Jangan Salahkan Satu Pihak Sahaja

Artikel Berkaitan: Athira Yuhada Dedah Hafidz Roshdi ‘Ganggu’ Sejak 9 Tahun Lalu, Mengaku Bodoh & Pentingkan Diri

Dah cuba untuk kuat

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shuhada menyatakan usia kandungannya sudah memasuki 10 minggu. Di kapsyen, Shuhada berharap agar anak ketiganya ini akan kuat berdepan dengan konflik rumah tangga ibu bapanya.

Buat zuriat ibu kandung, kuatlah sayang, kuat seperti kuatnya kamu berpaut di dinding rahim ibu. Ibu sayang anak anak ibu. Maafkan ibu semua, Humairah, Umar dan baby. Maafkan ibu sayang.

Kata Shuhada, dia sedang mendapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi namun tidak boleh makan ubat kerana khuatir akan memberi kesan kepada bayi.

Jatuh pengsan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Dalam pada itu, Shuhada mendedahkan dia jatuh pengsan di hospital pada Khamis kerana kondisi badannya yang lemah.

Ceritanya lagi, air matanya juga gugur mengenangkan nasib diri bersama anak-anak.

Sekarang ibu kena berjuang tanpa ubat, tak mudah tapi ibu kena kuat untuk anak-anak. Hari ini seharian ibu menangis. Tadi kat hospital ibu jatuh pengsan. Doktor minta ibu buka puasa sebab tak cukup kuat dan boleh bahayakan kandungan.

Ibu termenung serabut. Air mata tak henti-henti mengalir. Apa berlaku ini, ibu terima. Walaupun ibu dihina, dimaki, dikhianati, ditipu, dikasari dan kena hadap segala perjalanan dan dugaan yang ada ini.

Sebutan semula kes Hafidz dan Nurul Shuhada di Mahkamah Rendah Syariah berhubung isu lafaz cerai kali pertama menerusi aplikasi WhatsApp, ditetapkan pada 9 Mei depan.

Terdahulu, Hafidz dan Nurul Shuhada telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah, pada 27 Februari lalu.
Pada 22 Februari, Hafidz dipercayai melafazkan cerai menerusi panggilan telefon terhadap Nurul Shuhada di hadapan ahli keluarganya.
Kemelut rumah tangga salah seorang finalis Hero Remaja itu mula mendapat liputan ramai orang apabila isterinya mendakwa pelakon itu mempunyai hubungan dengan wanita lain yang dikenali sebagai Athira Yuhada yang mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.
Pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.
Sumber: Instagram


source https://ohbulan.com/isteri-hafidz-roshdi-hamil-10-minggu-pengsan-di-hospital-sebab-badan-lemah

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman