Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 14 April 2023

Rakan Sekerja Maut, Lori Dipandu Hilang Kawalan

Sebuah lori yang membawa muatan makanan sejuk beku dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas sehingga mengakibatkan kemalangan di Kilometer 402.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke Kuala Lumpur, awal pagi semalam.

Artikel Berkaitan: 20 Jemaah Terkorban, Puluhan Cedera Dalam Nahas Bas Langgar Jambatan

Artikel Berkaitan: Serang & Belasah Pemandu Treler, Dua Suspek Ditahan..Polis Buru Muhammad Putra Abdullah

Babitkan dua buah kenderaan berat

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Ahmad Faizal Tahrim, kenderaan berat yang dinaiki dua mangsa berusia 35 dan 47 tahun itu turut merempuh belakang sebuah treler yang membawa muatan simen.

Kedua-dua mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di dalam lori.

Pemandu dan kelindan lori itu dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur dan hubungan mangsa adalah rakan sekerja.

Kemalangan berlaku apabila lori dinaiki dua mangsa itu gagal dikawal sebaik tiba di lokasi kejadian lalu melanggar bahagian belakang kenderaan hadapan (treler).

Dalam pada itu, pemandu treler yang membawa muatan simen berusia 49 tahun pula difahamkan sedang dalam perjalanan dari Bidor, Perak ke Klang itu turut dirempuh sebuah lagi lori di lorong yang sama.

Kesemua mangsa kini dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Harian Metro



source https://ohbulan.com/rakan-sekerja-maut-lori-dipandu-hilang-kawalan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman