Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 21 April 2023

Panduan Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri

Seluruh umat Islam di Malaysia menyambut hari raya Aidilfitri bermula hari ini, satu Syawal. Sudah pasti, ramai dalam kalangan kita semua tidak sabar mengambil peluang ini untuk melaungkan takbir serta mendirikan solat sunat hari raya Aidilfitri secara berjemaah.

Berikut merupakan panduan lengkap solat sunat hari raya Aidilfitri.

Waktu solat sunat Aidilfitri

Seperti yang semua sedia maklum, solat sunat hari raya Aidilfitri dikerjakan pada hari raya pertama iaitu pada 1 Syawal. Waktu mengerjakannya ialah antara mula terbit matahari sehinggalah tergelincirnya matahari iaitu sekitar jam 8 pagi sehingga sebelum masuknya waktu zohor.

Untuk pengetahuan semua, solat sunat Aidilfitri harus dilambatkan untuk memberikan waktu kepada muslim bagi membayar zakat fitrah pada ketika itu.Solat sunat ini lebih afdhal untuk dilakukan secara berjemaah dan kemudian itu dibacakan dua khutbah. Tetapi ia boleh dilakukan secara bersendirian di rumah.

Rakaat Pertama:

1. Di mulai dengan lafaz takbirratul tihram dengan menyebut Allahhu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.

2. Sunat membaca doa iftitah

3. Kemudian, seseorang perlu bertakbir sebanyak tujuh kali dan setiap takbir perlu diselangi dengan bacaan tasbih.

4. Selesai bertasbih, perlu membaca surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah Al-Quran (disunatkan membaca surah Al-A’laa pada rakaat pertama)

5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua:

1. Mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).

2. Pada rakaat kedua, takbir perlu diangkat sebanyak lima kali dan setiap takbir perlu diselangi dengan bacaan tasbih sama seperti rakaat pertama.

3. Membaca surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah Al-Quran (disunatkan dalam rakaat kedua membaca surah Al-Ghaasyiyah).

4. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.

5. Memberi salam.

Setelah selesai solat sunat hari raya, Khatib akan membaca khutbah sebanyak dua khutbah.

Sumber: MySumber, Ecentral



source https://ohbulan.com/panduan-solat-sunat-hari-raya-aidilfitri

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman