Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Jumaat, 21 April 2023

[VIDEO] ‘Balik Kerja Penat-Penat, Ada Jantan Lain Belakang Pintu’ – Lelaki Dedah Kisah Isteri Curang

Tular baru-baru ini, sebuah video di TikTok seorang bapa tunggal berkongsi tentang kisah dicurangi isteri.

Artikel Berkaitan: ‘Satu Malaysia Tahu Siapa Curang, Niat Saya Agar Syamsul Tidak Sesat’ – Patimah Ismail

Artikel Berkaitan: View Chin Dakwa Bekas Isteri Curang Dengan ‘Scandal’, Shermine Ah Moi Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang

Artikel Berkaitan: ‘Terdengar Dia Mengerang 3 Pagi’ – Isteri Kecewa Suami Terlanjur Dengan Rakan Sekerja, Siap Bawa Anak ‘Check In’

Kecurangan isteri

Gambar sekadar hiasan

Menerusi video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Asmadi itu menceritakan kembali kisah rumah tangganya sembilan tahun lalu yang dilanda dugaan akibat kehadiran orang ketiga.

Asmadi yang kelihatan sebak ketika menyingkap kembali kisah silamnya, ternyata melihat sendiri kecurangan isteri di depan mata.

Balik kerja penat-penat, tiba-tiba ada jantan lain dekat belakang pintu. Kau sanggup buat suami macam itu.

Berang setelah pecah tembelang, isterinya kemudian meminta untuk diceraikan.

Dia kata kau dah nampak kan? Kau nak buat apa lagi? Ceraikanlah!

Bapa tunggal itu juga menceritakan tentang kepayahannya mencari rezeki di ibu kota dengan gaji yang sedikit sebagai tukang sapu sehingga terpaksa berhutang.

Saya bertungkus-lumus cari duit, berhutang dengan ceti sebab nak besarkan anak-anak. Dia tak pernah bekerja, saya minta dia duduk rumah je jaga anak-anak. Saya balik kerja, macam itu dia buat saya.

Dalam pada itu, Asmadi juga mendedahkan bahawa bekas isterinya sering mendera anak-anak mereka selepas mereka bercerai.

Dia bawa anak-anak balik Kedah, tiba-tiba abang ipar saya telefon. Kau ambil anak-anak kau, bini kau dera anak-anak kau. Saya terus pergi Kedah dan bawa mereka balik.

Simpati netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar bapa kepada tiga orang anak itu dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan, malah ada juga yang bersimpati dan mahu menghulurkan bantuan kepadanya.

@arbafoundation

“Kenapa bapa tunggal susah nak dapat bantuan ya.. saya pun jaga anak-anak sorang-sorang juga..sama seperti ibu tunggal yang lain..” Bermula dengan ucapan terima kasih atas bantuan yang disampaikan.. kami bertanyakan macam mana persiapan nak raya ni dan di mana keberadaan ibu kepada anak-anaknya.. Tak kami sangka tersingkap pula kisah silam yang lukanya masih dirasakan Encik Asmadi sampai sekarang, walaupun sudah hampir 9 tahun berlalu. Waktu tu, anak paling kecil usia 3 tahun. Curang. Dera anak. Buruk mana pun perkara yang terjadi beliau tak halang jika bekas isteri nak jumpa anak-anak. Katanya itulah syurga anak-anaknya. Semenjak tu, anak sulungnya lah menjadi kakak yang menjaga adik-adik. Setiap kali balik sekolah dia akan masak, kadang Encik Asmadi masak.. Sebak bila lihat anak sendiri terpaksa hidup macam ni, balik sekolah penat-penat kena masak dan jaga adik-adik.. beliau kalau boleh taknak anaknya lalui semua tu..Tapi apakah pilihan lain yang ada.. Pendapatan Encik Asmadi tak cukup nak sara anak-anak. Tak sanggup nak lihat anaknya lapar dan tak ke sekolah, beliau terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi pada ceti. RM300 pokok bersama RM400 bunga setiap bulan.. Dengan gaji tak sampai RM2000, berapa je berbaki untuk menanggung hidup mereka empat beranak. Allahuakbar.. Ini bukanlah kali pertama kami dengar kisah keluarga susah meminjam pada along atau ceti. Mereka terdesak.. tak seperti kita kebanyakannya.. mereka tiada keluarga terdekat atau rakan-rakan yang boleh bantu. Akhirnya nyawa yang menjadi taruhan.. Di hari-hari akhir Ramadhan yang berbaki ini, sama-sama kita bantu dan doakan agar beban hutang Encik Asmadi dapat diselesaikan secepat mungkin. Bantuan boleh disalurkan di link kami di bio atau terus ke ARBA International Waqf (L) Foundation Affin Islamic Bank 1067 1000 8872 “Siapa yang membebaskan seseorang dari kesusahan dunia maka Allah akan melepaskannya dari kesusahan hari kiamat. Siapa yang memudahkan orang yang dalam kesusahan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.” (Nabi Muhammad SAW)

? original sound – ARBA Foundation – ARBA Foundation

Sumber: TikTok



source https://ohbulan.com/video-balik-kerja-penat-penat-ada-jantan-lain-belakang-pintu-lelaki-dedah-kisah-isteri-curang

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman