Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sabtu, 22 April 2023

Tragedi Sebelum Raya, Suami Isteri Maut Kereta Bertembung Dengan Bas

Sepasang suami isteri, Che Ku Yusoff Ali Che Ku Embong, 52, dan Siti Faridaf Ahmad, 46, disahkan maut manakala anak mereka Che Ku Batrisya, 18, cedera selepas kereta dipandu bertembung dengan sebuah bas di Kilometer 21 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.

Artikel Berkaitan: Tragedi Berdarah Menjelang Syawal, Warga Emas Tak Sangka Anak & Cucu Berehat ‘Selamanya’

Artikel Berkaitan: Anggota Polis Maut Kemalangan, Tak Sempat Pulang Jumpa Anak Demam

Cedera parah pada anggota badan

Memetik laporan Berita Harian, Yusoff dan isterinya disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan manakala Batrisya yang duduk di bahagian belakang dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk menerima rawatan.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail, kereta yang dipandu mangsa tiba-tiba masuk ke laluan bas dan merempuh bas yang dipandu seorang pemandu berusia 51 tahun itu sedang dalam perjalanan dari arah Kota Bharu, Kelantan menghala Kuantan, Pahang dengan membawa 28 penumpang.

Jarak yang dekat menyebabkan pemandu bas tidak sempat mengelak menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bertembung.

Kejadian itu menyebabkan pemandu dan penumpang hadapan Perodua Myvi meninggal dunia di lokasi kejadian manakala10 mangsa termasuk penumpang belakang Perodua Myvi dan pemandu bas cedera.

Pemandu bas bersama seorang penumpang bas serta penumpang belakang Perodua Myvi kini berada di HSNZ Kuala Terengganu untuk rawatan manakala mangsa lain yang cedera dibawa ke Hospital Setiu untuk pemeriksaan lanjut.

Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HSNZ Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak bomba kemudiannya mengambil masa kira-kira 30 puluh minit untuk mengeluarkan pasangan suami isteri yang meninggal dunai dan tersepit itu manakala lima minit untuk mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit.

Mayat Yusoff dan Faridaf diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut manakala kesemua mangsa yang cedera dihantar ke HSNZ dan Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: Berita Harian



source https://ohbulan.com/tragedi-sebelum-raya-suami-isteri-maut-kereta-bertembung-dengan-bas

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman