Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 19 Disember 2022

‘Perbuatan Dosa Itu Diraikan & Disorak-Sorak’ – PU Syed Tegur Aksi Wanita Dipeluk Afgan

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan menjadi perbualan hangat netizen apabila dia memeluk seorang wanita ketika mengadakan Konsert Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur di Dewan Plenary KLCC pada 17 Disember lalu.

Artikel berkaitan : Alami Depresi, Afgan Pulih Selepas Jumpa Psikiatri

Artikel berkaitan : ‘Petik’ Isu Aurat Isteri Caprice, PU Syed Tampil Mohon Maaf

Artikel berkaitan : Dituduh ‘Lebai’ Tak Boleh Pakai & Munafik, PU Syed Pertahan Diri Isu Konsert NOAH

Tindakan penyanyi itu secara tidak langsung menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.

‘Tengok bagaimana dosa diraikan’

Menerusi perkongsian PU Syed di Instagram, dia meluahkan rasa kesal dengan tindakan Afgan yang tanpa segan silu memeluk peminat wanita yang berhijab.

Tambahnya, apa yang lebih memalukan apabila perbuatan berkenaan mendapat sorakan daripada penonton seolah-olah ia adalah satu kebiasaan dalam kalangan masyarakat.

Bagaimana seorang perempuan mudahnya dipeluk oleh seorang lelaki, ditepuk, diraikan dan disorak oleh ramai penonton.

Tengok bagaimana dosa itu diraikan dan dianggap sesuatu yang tidak ada masalah sekadar seorang peminat dan seorang artis.

Bimbang kesan & akibat

Ujarnya lagi, teguran yang diberinya itu kerana bimbang kesan dan akibat kepada umat Islam jika konsert hiburan masih diteruskan. Malah, dia turut menasihatkan penganjur konsert agar lebih berhati-hati terutamanya dalam menjaga batas antara lelaki dan wanita.

Mungkin tiada masalah bagi mereka tetapi ada masalah bagi seorang umat Islam kerana kita ada pantang larang yang Allah SWT tetapkan agar kita tidak melangkui batasan-batasan syarak yang ditetapkan.

Saya menyeru kepada kepimpinan yang mengelola konsert-konsert jika tidak boleh menjaga tatasusila yang baik maka tak payah membenarkan konsert sebegitu yang akhirnya akan mendatangkan dosa dan kemurkaan daripada Allah SWT.

Tengok saja mereka bersorak, bergembira konon-kononnya itu peluang terbaik diberikan oleh penyanyi tersebut kepada penonton tapi hakikatnya apa yang berlaku adalah dia mencarik kesucian Islam itu sendiri.

Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan aksi Afgan memegang tangan seorang wanita ketika dia menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ buat peminatnya. Lebih mengejutkan, wanita terbabit sempat memeluk penyanyi tersebut sebelum mengambil swafoto.

Sumber : pusyed_official



source https://ohbulan.com/perbuatan-dosa-itu-diraikan-disorak-sorak-pu-syed-tegur-aksi-wanita-dipeluk-afgan

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman