
Semenjak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, setiap gerak geri Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian netizen. Apa sahaja yang dikongsikan oleh beliau di media sosial tidak kira pen, telefon bimbit, kasut dan sebagainya pasti akan menjadi perbualan ramai.
Artikel berkaitan : Fizz Fairuz Pelik Macam Mana Anwar Ibrahim Kerja Tanpa Ambil Gaji – ‘Kalau Aku Tak Boleh Ooo’
Artikel berkaitan : Ahli Parlimen Baling Tuduh Anwar Ibrahim ‘Ejen’ Israel, Pihak Guaman Desak Permohonan Maaf Tanpa Syarat
Anwar bertemu Pemangku Raja Pahang

Pada 18 Disember lalu, Anwar berkongsi beberapa keping foto pertemuannya bersama Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Twitter.
Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan menerima patik mengadap pagi tadi.
Semoga Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
Daulat Tuanku. Semoga Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Daulat Tuanku.
Netizen tertarik dengan stokin Anwar
Walau bagaimanapun, foto yang dimuat naik oleh Ahli Parlimen Tambun itu menarik perhatizen warganet apabila mereka mendakwa sarung kaki atau stokin yang disarung oleh Anwar dibeli daripada kedai serbaneka bernilai RM2.00.

Malah, ada juga di antara mereka yang sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa harga stokin akan naik kerana Anwar telah memakainya.

Sumber : @anwaribrahim
source https://ohbulan.com/anwar-ibrahim-menghadap-pemangku-raja-pahang-netizen-tertarik-pula-dengan-stokin-pm-ke10-stokin-kedai-rm2-tu

