Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Isnin, 19 Disember 2022

‘Nasib Baik You Bukan Anak Murid I, Kalau Tak….’ – Syafinaz ‘Berbulu’ Peserta ATNM Biadab, Ajai Mohon Hormat Majlis

Selaku kapten program hiburan All Together Now Malaysia (ATNM) musim kedua, penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat tampil bersuara mengenai tingkah laku seorang peserta yang dikatakan biadab ketika menjawab pertanyaan Catriona Ross, semalam.

Artikel berkaitan: ‘Mestilah Minat, Kalau Tak Buat Apa I Bawa’ – Peserta ATNM Biadab, Catriona Ross Tolong ‘Sekolahkan’ Belakang Pentas

Nasib bukan anak murid I

Menurut Syafinaz, dia tidak menyangka peserta tersebut boleh menjawab sebegitu kepada Catriona Ross. Tambah Syafinaz, nasib baik peserta berusia 16 tahun itu bukan anak muridnya. Kalau tidak, pasti peserta itu akan menangis.

Sayang, nasib baik u bukan anak murid i, kalau anak murid i cakap macam tu, dah lama menangis. Tolong hati-hati ketika menjawab soalan. Kena cantik sikit bahasa kita ya adik.

Tambah Syafinaz, dia berharap gadis berkenaan dapat memperbaiki cara menjawab soalan. Bahkan, bahasa yang digunakan juga seharusnya ‘cantik’. Selain Syafinaz, Ajai turut bersuara. Menurut Ajai, peserta itu seharusnya menghormati majlis.

Awak kena hormat majlis. Kalau awak hormat majlis, tak sedap pun jadi sedap.

Terdahulu, Catriona dilihat memberi teguran dan nasihat buat peserta berkenaan. Bukan itu sahaja, Catriona turut berjumpa dengan peserta tersebut di belakang pentas bagi memperbetulkan keadaan.

Sumber: Catriona Ross



source https://ohbulan.com/nasib-baik-you-bukan-anak-murid-i-kalau-tak-syafinaz-berbulu-peserta-atnm-biadab-ajai-mohon-hormat-majlis

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman