Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 14 Disember 2022

Masih Idayu Masih Subur Tapi Tak Mahu Hamil – ‘Saya Kahwin Untuk Gembira Bukan Untuk Sakit’

Meskipun masih subur dan berpeluang untuk hamil, namun penyanyi dangdut Mas Idayu cuba untuk tidak mengambil sebarang risiko yang boleh membahayakan dirinya memandangkan usianya sudah mencecah 50 tahun.

Artikel berkaitan : Genap 2 Bulan Kahwin, Mas Idayu Terharu Suami Bagi Ucapan ‘Sweet’ – ‘Mummy Cinta Daddy Sangat-Sangat’

Artikel berkaitan : Suka Kongsi Hantaran Bentuk Ceramah, Mas Idayu Nafi Post ‘Broken’ Ada Kaitan Rumah Tangga Bergolak

Artikel berkaitan : Guna 18 Belon Ikat Pada ‘Veil’, Pereka Busana Jadikan Majlis Kahwin Mas Idayu Sebagai ‘Wedding Of The Year’

Pilih untuk tidak ambil risiko

Menurut pemilik nama Masidayu Mesnun, dia menyukai kanak-kanak serta teringin untuk memilik cahaya mata lelaki, namun perlu dielakkan kerana enggan mengambil risiko.

Dari dulu lagi saya nak anak lelaki dan saya sukakan kanak-kanak. Namun, di usia sekarang ini saya perlu elakkan daripada terdedah dengan risiko yang boleh membahayakan diri.

Bukan peluang (hamil) itu tiada, tapi saya sedikit menghalang supaya saya kekal sihat. Lagipun saya kahwin ini untuk gembira, bahagia serta saling menjaga antara satu sama lain. Bukan kahwin untuk sakit.

Dalam pada itu, suaminya yang merupakan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa memahami serta mengakui ia boleh membahayakan kesihatan Mas Idayu jika hamil.

Alhamdulillah suami pun faham dan dia sendiri mengaku jika saya hamil akan membahayakan diri saya.

Tak tolak jika hamil

Ujarnya lagi, dia tidak pernah menolak sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata tetapi sebolehnya pelantun lagu Cintaku Seratus Persen itu tidak mahu hamil.

Bayangkan kalau saya dikurniakan anak, dengan usia yang semakin bertambah dan tua serta risiko lain yang perlu saya hadap.

Macam mana saya nak jaga anak. Kalau saya tiada macam mana? Banyak faktor yang kami berdua fikir, tapi kami tak pernah menolak rezeki Allah.

Mas Idayu dan Sufian dinikahkan oleh Imam dan penolong pendaftar nikah masjid jamek Kg Baru, Ustaz Azizi Abd Hamid dengan mas kahwin RM1,001, pada 16 September lalu.

Terdahulu, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Sumber : Harian Metro



source https://ohbulan.com/masih-idayu-masih-subur-tapi-tak-mahu-hamil-saya-kahwin-untuk-gembira-bukan-untuk-sakit

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman