Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 14 Disember 2022

Iqram Dinzly Anggap Kenyataan ‘Puak’ LGBT Mengundang Bala – ‘Pindahlah Ke Aussy’

Pelakon, Iqram Dinzly menyifatkan kenyataan seorang lelaki yang mempertikaikan undang-undang di Malaysia terhadap golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang tular baru-baru ini sebagai bebal.

Artikel berkaitan : Naim Daniel Selar Golongan LGBT

Artikel berkaitan : ‘Pastikan Mohon Maaf Pada Ibu Bapa, Tidak Kira Berapa Kali Ulangi’ – Iqram Dinzly Nasihat Ismail Izzani

Artikel berkaitan : ‘Yang Gila Itu Prince Chiki Dinzly’ – Iqram Dizly Ada Enam Karakter Berbeza, Sudah Jumpa Pakar Kesihatan Mental

Seperti mengundang bala

Di Instastory, pelakon berusia 41 tahun itu mengatakan bahawa dia tidak berniat untuk menghina sesiapa, namun kenyataan individu terbabit yang menyatakan Islam tidak bertamadun itu boleh mengundang bala.

Aku terdengar interview Adam dan Haikal yang bagi aku agak bebal dan sengal. Aku bukan nak menghina sesiapa. Tetapi kenyataan dia yang menyatakan Islam nampak tiada bertamadun disebabkan tidak menerima golongan LGBT tu macam mengundang bala.

Islam mengajar untuk menghormati sesama makhluk dan manusia. Namun Islam tidak pula menyatakan gejala Kaum Nabi Luth itu mengaminkan bahagia.

Dalam pada itu, Iqram turut menyeru golongan berkenaan untuk berpindah ke luar negara supaya mereka boleh hidup dengan bebas tanpa sebarang tentangan daripada orang sekeliling.

Kau nak tonggeng ke, 69 ke itu lantak kau, kau punya suka. Buatlah diam-diam tanpa kau rasa kau berhak bersuara. Cuma jagalah kesopanan dan kesusilaan agar bumi Malaysia tidak terbalik dibuatnya. Pindah lah ke Aussy (Australia) untuk hidup bebas bersama.

Kembali ke pangkal jalan

Bukan itu sahaja, pelakon filem Evolusi KL Drift menasihatkan agar ‘puak’ tersebut kembali ke pangkal jalan dengan berlandas al-Quran dan Sunah supaya hidup mereka tidak menjadi sia-sia.

Dan jangan simply said apa yang sesuka rasa, kembalilah kepada al-Quran dan Sunah sebelum hidup menjadi sia-sia dimamah.

Sebelum ini, penyanyi Naim Daniel menerusi ciapan di Twitter menyatakan bahawa setiap manusia di muka bumi ini diciptakan berpasangan antara lelaki dan wanita, namun bukan sebaliknya.

Foto tangkap layar

Sumber: iqramdinzlyofficial



source https://ohbulan.com/iqram-dinzly-anggap-kenyataan-puak-lgbt-mengundang-bala-pindahlah-ke-aussy

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman