
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terkorban selepas ingin menyelamatkan tiga orang kanak-kanak yang lain akibat terperangkap dalam sebuah tasik beku di Midlands Barat, England pada Ahad lalu.
Artikel Berkaitan: Aaron Carter Mati Lemas Dalam Tab Mandi
Artikel Berkaitan: Pemandu Bot Selamatkan Wanita Sarat Hamil Terjun Jambatan Pulau Pinang
Mangsa keempat sedang bertarung nyawa

Menurut sumber, kanak-kanak tersebut, Jack Johnson, bertindak ingin menyelamatkan mangsa-mangsa terbabit selepas terdengar jeritan kuat di tasik tersebut.
Namun, disebabkan negara tersebut sedang mengalami musim sejuk, suhu tasik berkenaan difahamkan berada di bawah paras beku menyebabkan air menjadi ais.
Walau bagaimanapun, salah seorang mangsa kejadian yang berusia enam tahun berjaya diselamatkan namun berada dalam keadaan kritikal dan masih bertarung nyawa di hospital.
‘Dia anak yang baik, kami masih terasa kehilangan’

Sementara itu, ahli keluarga kanak-kanak tersebut meluahkan rasa sedih dengan mengatakan bahawa tragedi itu merupakan satu kehilangan besar buat mereka.
Malah, mereka juga menyifatkan tindakan Johnson yang memberanikan diri terjun ke dalam tasik beku untuk membantu tiga orang asing tidak dikenali membuktikan bahawa dia merupakan kanak-kanak yang baik.
Dia sesungguhnya memang anak yang hebat, untuk terjun ke dalam tasik semata-mata ingin bantu orang yang tidak dikenali? Dia hero sebenar.
Sumber: Daily Star
source https://ohbulan.com/niat-nak-selamatkan-mangsa-terjerlus-dalam-tasik-beku-akhirnya-korbankan-sekali-nyawa-kanak-kanak-10-tahun
