Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 13 Disember 2022

Hanya Sekali Lafaz, Latif Romly Selamat Bergelar Suami

Atlet paralimpik lompat jauh T20 kebangsaan, Datuk Abdul Latif Romly, 25, selamat bergelar suami kepada Nurul Nabila Farhana, 25, dalam sebuah majlis ijab kabul yang diadakan pagi tadi dengan mas kahwin sebanyak Rm1,312.

Artikel Berkaitan: Reen Rahim & Mr H Nikah Hujung Tahun, Dapat Tajaan 15 Juta Untuk Tiga Majlis

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Da’i Syed Sah Bergelar Suami Hana Ismail

Kongsi detik bahagia menerusi ‘live’ IG

Dengan sekali lafaz, Latif Romly selamat disatukan dengan Nabila yang merupakan seorang guru. Difahamkan, majlis tersebut hanya dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak pengantin dan kenalan rapat.

Detik bahagia pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro 2016 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu dikongsikan kepada umum menerusi Instagram (IG) live miliknya.

Perkongsian itu dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat yang turut mendoakan agar kedua-dua mempelai yang segak mengenakan busana pengantin berwarna putih itu kekal bahagia hingga ke anak cucu.

Sebelum ini, Latif dan Nabila mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober 2021.

Sumber: Instagram @latifromly



source https://ohbulan.com/hanya-sekali-lafaz-latif-romly-selamat-bergelar-suami

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman