
Penyanyi, Fuad Rahman mendedahkan bahawa dia sudah berpisah dengan isterinya, Siti Zulaiha sekitar Oktober lalu.
Artikel berkaitan : Kembali Bertaut Selepas 17 Tahun, Utuh Betul Cinta Fuad Rahman & Tom
Artikel berkaitan : Fuad Rahman Menyesal Cacah Tatu, Ustaz Nasihat Tak Perlu Buang Boleh Memudaratkan
Artikel berkaitan : Fuad Rahman Dah Insaf, Enggan Jadi Hamba Dadah Lagi
Cerai talak satu

Menurut bintang Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) ini, keputusan berkenaan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak secara profesional.
Tegasnya, penceraiannya itu bukan disebabkan orang ketiga. Namun, mereka berpisah secara murni kerana sudah tidak sehaluan lagi.
Kami berpisah bukan pasal orang ketiga. Alasannya kami sudah tidak sehaluan lagi. Cara baik kami berpisah.
Sebenarnya pasal cerai ini saya dah beberapa kali bagi hint di posting Facebook saya. Jadi tiada kena mengena dengan orang ketiga atau sesiapa pun. Itu keputusan kami bersama. Keluarga saya dan bekas isteri pun tahu kami berpisah dengan baik tiada gaduh-gaduh. saya ceraikan dia dengan talak satu.
Perasaan memang sedih

Penyanyi berusia 43 tahun itu turut mengatakan bahawa mereka sudah bercerai sebelum dia bertanding di minggu pertama Gegar Vaganza lagi.
Kami bercerai dah lama juga. Masalah dah pun selesai sebelum itu lagi. Perasaan memang sedih.
Sebelum ini, Fuad memaklumkan mengenai rumah tangga yang dibina pada 16 April lalu sudah berakhir menerusi hantaran di Facebook.
Aku just nak peminat dan kawan-kawan aku tahu memang betul perkahwinan aku dah berakhir dan aku dengan bekas isteri tak ada jodoh. Kami berpisah secara baik. Tolong jangan salahkan bekas isteri atau aku. Jodoh kami tak lama. Sampai sini saja.
Aku doakan yang terbaik untuk bekas isteri aku. Semoga pada masa akan darang dia dapat jodoh yang lebih baik.
Sumber : Gempak, Mohamed Fuad
source https://ohbulan.com/bukan-punca-orang-ketiga-fuad-rahman-isteri-sudah-bercerai-sebelum-bertanding-di-gv9
