
Ramai sedia maklum bahawa anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dan kembarnya, Andika Rees Pahamin telah menyambung pengajian mereka ke luar negara.
Artikel Berkaitan: Leona Sambut Halloween Siap Ada Tiga ‘Outfits’, Netizen ‘Petik’ Nama Azhar Sulaiman
Artikel Berkaitan: Ramai Puji Leona Dah Pandai Berdikari Lepas Kongsi Video Berjaya Goreng Telur
Makin ‘berani’

Andika dan Leona yang melanjutkan pengajian ke United Kingdom sejak September lalu dilihat makin selesa berada di luar negara walaupun berjauhan dengan keluarga.
Kalau sebelum ini, Leona pernah menjadi bualan netizen kerana menyambut perayaan Halloween, kali ini dia sekali lagi menjadi topik hangat gara-gara memuat naik video serta gambar seksi di media sosial.
Kena perli dengan netizen

Menerusi perkongsian video di TikTok serta gambar di Twitter, Leona mengenakan pakaian merah tanpa lengan sehingga menampakkan lurah di bahagian dadanya dan semestinya menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Gara-gara itu, Leona menerima kecaman yang mana rata-ratanya memerli dengan bertanyakan sama ada musim di United Kingdom ketika ini adalah musim panas sehingga dia berpakaian terlalu seksi.
Selain itu, personaliti media sosial berumur 20 tahun itu juga menerima komen-komen nakal daripada warganet.
Bahaya kalau bagi boyfriend tengok ni, Harap tak lalu kat fyp TikTok dia lah…
Aku nak komen pun takut, serba salah jadinya.
Bagaimanapun, ada juga segelintir pengikut yang menasihati Leona supaya lebih berhati-hati dalam memilih pakaian memandangkan dia merupakan seorang pempengaruh serta anak kepada Azhar Sulaiman.
Sumber: Kasih Iris Leona
source https://ohbulan.com/leona-bikin-panas-tayang-lurah-lagi-netizen-perli-sana-tengah-musim-panas-ke
