
Sekadar gambar hiasan
Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ditahan polis gara-gara memuat naik video penggunaan senjata api tanpa lesen di media sosial.
Artikel berkaitan : PRU15: Hishammuddin Nafi Ditawar Jawatan Perdana Menteri Jika Pilih PN
Artikel berkaitan : PRU15: Kekal Pendirian BN Jadi Pembangkang, Ismail Sabri Sedia Dipecat Tak Mahu Bekerjasama Dengan PH
Artikel berkaitan : PRU15: ‘Isu Politik Tolong Hentikan Dulu’ – Najib Razak Rayu Ahli Politik Fokus Bangunkan Negara
Muat naik video guna senjata api

Sekadar gambar hiasan
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, wanita berusia 28 tahun itu berjaya ditahan bersama rakannya, seorang lelaki berusia 41 tahun di Petaling Jaya, Selangor.
Ujarnya, pihak polis telah menerima laporan mengenai seorang warga tempatan memuat naik video melakukan latihan menembak tanpa kebenaran di Lapang Sasar Kelab Menembak Selangor di dua platform media sosial miliknya iaitu Instagram dan TikTok.
Polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 19, satu kelopak peluru jenis Glock, 12 butir peluru hidup, kad Persatuan Menembak Selangor dan telefon bimbit bagi membantu siasatan.
Susulan daripada itu, kedua-dua individu berkenaan ditahan reman selama empat hari sehingga 11 Disember bagi membantu siasatan dan kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 8(A), 8(B) dan 41 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber : Harian Metro
source https://ohbulan.com/muat-naik-video-guna-senjata-api-di-media-sosial-calon-wanita-pru15-ditahan-polis
