
Nasib kanak-kanak lelaki berusia dua tahun di Uganda sangat baik apabila terselamat selepas ditelan seekor badan air sebelum memuntahkan kembali mangsa.
Artikel Berkaitan: Meremang Bulu Roma Penduduk! Buaya Tembaga Berlegar Atas Jalan
Artikel Berkaitan: Reda Anak ‘Diratah’ Buaya, Bapa Berhasrat Nak Jumpa Anak Di Syurga – ‘Tuhan Lebih Sayangkan Dia’
Badak air muntah balik mangsa

Kanak-kanak kecil itu berjaya diselamatkan oleh saksi yang dikenali sebagai Chrispas Bagonza. Chrispas bertindak merejam badak air itu dengan menggunakan batu. Susulan serangan tersebut, mangsa dimuntah keluar oleh binatang buas itu.
Mangsa yang tidak didedahkan identitinya itu dikatakan bermain seorang diri berhampiran dengan tasik di bandar Katwe Kabatoro sebelum diserang dengan haiwan ganas tersebut.
Badak air larikan diri

Menurut pihak polis, badak air yang kelaparan itu membaham kanak-kanak tersebut menggunakan rahangnya yang besar.
Selepas diselamatkan, mangsa segera dibawa ke hospital berdekatan dengan bandar Bwera untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Badak air tersebut pula dikatakan telah melarikan diri selepas ‘memuntahkan’ mangsa kembali.
Sumber: New York Post
source https://ohbulan.com/badak-air-telan-budak-lelaki-saksi-rejam-guna-batu-sebelum-muntah-balik
