
Suami pelakon Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari menjelaskan isu isterinya menyertai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Muafakat Nasional.
Artikel berkaitan : Disangka Ada ‘Mayat’ Rupanya ‘Jenazah Halimunan’, Lakonan Ummi Nazeera Sekali Lagi Raih Pujian
Artikel berkaitan : Alami Masalah Depresi Ketika Berjauhan Dengan Keluarga, Pakar Terapi Suruh Ummi Nazeera Luah Perasaan Dalam Bentuk Penulisan
Artikel berkaitan : Penangan Risik Pada Hati, Suami Terpaksa Tadah Telinga Isteri Membebel Pasal Perangai Adam
Pertubuhan MN adalah badan amal

Menerusi hantaran di Instagram. Izzar memaklumkan bahawa pertubuhan berkenaan bukanlah untuk berpolitik malah ia merupakan sebuah badan amal.
Saya mengambil maklum mengenai tularnya isu isteri saya menyertai Muafakat Nasional (MN) sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai salah seorang ahli.
Pertubuhan Muafakat Nasional ini bukannya sebuah parti politik dan juga tidak merujuk kepada pakatan parti UMNO dan PAS yang dibentuk pada tahun 2019.
Difahamkan, matlamat pertubuhan MN adalah untuk memberi kebajikan kepada masyarakat.
Setelah saya amati, pertubuhan MN ini berpegang kepada matlamat-matlamat yang mampu memberikan kebaikan kepada masyarakat.
‘Saya orang pertama yang akan halang’

Tegasnya, sekiranya pertubuhan yang diketuai oleh Tan Sri Annuar Musa itu berkaitan dengan politik, maka dia adalah orang pertama yang akan menentang isterinya untuk melibatkan diri.
Isteri saya sedar dan amat menekankan bahawa sebagai seorang pempengaruh, beliau perlu bersikap neutral dan tidak menggunakan platform beliau untuk menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti yang berunsurkan politik secara terang-terangan.
Jika tidak saya akan menjadi orang pertama yang akan menghalang beliau. Semoga sebarang kekeliruan dapat dielakkan. Selamat maju jaya kepada pertubuhan Muafakat Nasional.
Sumber : izzar
source https://ohbulan.com/suami-jelaskan-ummi-nazeera-tidak-sertai-politik-ia-adalah-badan-amal-saya-orang-pertama-akan-halang-dia
