Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Ahad, 18 Disember 2022

Lelaki Ditangkap Curi Seluar Dalam Wanita Untuk Ritual Ilmu Pengasih

Seorang lelaki di Padukuhan Kropak, Indonesia didakwa mencuri seluar dalam wanita untuk tujuan ritual ilmu pengasih berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Artikel berkaitan : Diancam & Diugut Bunuh Selepas Beri Teguran, Remaja Dakwa Jiran Curi Seluar Dalam Ibu

Artikel berkaitan : Tak Tahan Suami Asyik Pakai Seluar Dalam Di Rumah, Isteri Failkan Penceraian

Curi seluar dalam untuk ilmu pengasih

Sekadar gambar hiasan

Menurut pegawai polis, Inspektor Mahmed Ali Bahonar berkata, kejadian terbabit berlaku pada waktu pagi di mana si suami terdengar bunyi tapak kaki di luar rumahnya lalu keluar untuk melihat.

Suami si mangsa mendapati pelaku menghendap masuk ke perkarangan rumah. Dia menuju ke tempat jemuran pakaian.

Pencuri itu kemudiannya mengambil seluar dalam wanita terbabit sebelum dikejar oleh si suami sehingga berjaya ditangkap dan dibawa ke balai polis.

Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan mengakui bahawa tujuan dia mencuri seluar dalam wanita adalah untuk ritual ilmu pengasih.

Walau bagaimanapun, pihak polis mengambil pendekatan ‘kesepakatan penyelesaian bersama’ antara pencuri dan pemilik seluar dalam itu kerana nilai kerugian hanya melibatkan jumlah yang kecil.

Sumber : Radar Jogja



source https://ohbulan.com/lelaki-ditangkap-curi-seluar-dalam-wanita-untuk-ritual-ilmu-pengasih

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman