Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 14 September 2022

Muncul Buat Kali Pertama, Ini 10 Foto Sultanah Nur Diana Petra Abdullah

Sebelum ini, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda yang membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan.

Artikel berkaitan : Sultan Kelantan Isytihar Che Puan Nur Diana Petra Sebagai Sultanah Kelantan

Kemunculan pertama Sultanah Kelantan

Menurut Unit Media Pejabat Sultan Kelantan, DYMM Sultanah Nur Diana Petra berkenan menerima menghadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDP) yang diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian, semalam. Malah, baginda turut berkenan mengurniakan cenderamata kenangan kepada ahli rombongan.

Rombongan PKDK diketuai oleh Presiden Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan, Yang Mulia Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz serta beberapa ahli pertubuhan yang lain.

Dalam pada itu, turut hadir sama menyambut Sultanah Kelantan adalah Tengku Sri Kelana D’Raja Kelantan, Datuk Seri Raja Rezza Shah, Tengku Kaya Perkasa, Yang Mulia Datuk Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai-pegawai Istana Kelantan.

Difahamkan, ia merupakan kali pertama Nur Diana Petra di Istana Kelantan selepas diisytihar sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu.

Foto Sultanah Kelantan

Sumber : Kosmo, Unit media Pejabat Sultan Kelantan



source https://ohbulan.com/muncul-buat-kali-pertama-ini-10-foto-sultanah-nur-diana-petra-abdullah

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman