Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Selasa, 13 September 2022

Selalu Kongsi TikTok Gelagat Manja Dengan Kucing, Rupanya Bapa Dah Meninggal Dunia 2 Hari Lepas

Bagi kebanyakan pengguna TikTok yang kerap menghabiskan masa di platform tersebut, anda mungkin pernah menonton video memaparkan gelagat manja seekor kucing bersama seorang lelaki tua.

Artikel Berkaitan: Kejam! Persatuan Haiwan Terbiar Cari Individu Panah ‘Oyen’ Sampai Cedera

Artikel Berkaitan: Kucing Kesayangan Nadiyah Shahab Hilang, Sanggup Bagi Ganjaran Ikut Kehendak Individu Yang Jumpa

Bapa meninggal 11 September lalu

Antara gelagat lucu kucing tersebut ialah menari lincah dan membuat ‘fist bump’ bersama lelaki tua tersebut sehingga menerima jutaan tontonan. Walau bagaimanapun, pemilik akaun TikTok yang dikenali sebagai Marsya menerusi perkongsian video terbaru memaklumkan bapanya telah pun meninggal dunia pada 11 Septermber lalu.

Video terbaru yang dikongsi turut mengundang sebak ramai apabila kucing miliknya yang dipanggil Iput seakan-akan mencari arwah bapanya di sekitar rumah sebelum duduk lama di tempat jenazah bapanya diletakkan.

Video penuh

@ladymarsya

Ya allah aku tak kuat . Mintak tolong korang sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah Ayah . #ayahnciput #ciputkhan

? Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) – Paloma Faith

Komen netizen

Sementara itu di bahagian komen, ramai yang turut meluahkan rasa sedih mereka selepas dapat tahu berita yang dikongsikan oleh Marsya kerana dari video-video sebelum ini, arwah bapanya  kelihatan ceria seperti tidak menghidap sebarang penyakit.

Malah, video itu juga dihujani dengan kata-kata semangat dari pengguna TikTok yang lain dan mendoakan agar arwah bapanya ditempat di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: TikTok @ladymarsya



source https://ohbulan.com/selalu-kongsi-tiktok-gelagat-manja-dengan-kucing-rupanya-bapa-dah-meninggal-dunia-2-hari-lepas

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman