Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 14 September 2022

Pelakon Lelaki Ditahan Polis Langgan Pelacur Berulang Kali

Foto: BBC

Seorang pelakon lelaki terkenal dari China iaitu Yi Feng telah ditahan pihak berkuasa di Beijing selepas didakwa melanggan pelacur secara berulang kali.

Artikel Berkaitan: Selebriti Media Sosial Ditangkap Sedang Melacur Di Hotel, Tawar Perkhidmatan Sehingga RM7k

Artikel Berkaitan: Pelakon Akui Terpaksa ‘Melacur’ Kerana Terdesak, Sempat ‘Layan’ 5 Pelanggan Sebelum Ditangkap Dalam Keadaan Berbogel

Ditahan langgan pelacur

Foto: Global Times

Memetik laporan CNA Lifestyle, pelakon yang berusia 35 tahun itu telah didakwa mengunjungi rumah pelacuran pada 19 Ogos lalu namun dakwaan tersebut dinafikan oleh pihak agensi. Malah mereka mendakwa ianya hanyalah satu gosip untuk menjatuhkan Yi Feng. Walau bagaimanapun, pihak polis membantah keputusan tersebut dan memberikan kesemua bukti yang menunjukkan Yi Feng menggunakan khidmat pelacur buat beberapa kali.

Difahamkan, melanggan pelacur merupakan satu kesalahan di negara China dan pelaku boleh dijatuhi hukuman penjara.

Menurut sumber, Yi Feng dipercayai telah ditahan pada 11 September lalu. Semasa soal siasat, Yi Feng mengakui kesalahannya. Susulan daripada isu tersebut, nama Yi Feng telah digugurkan sebagai duta jenama terkenal antarabangsa seperti Prada, Remy Martin dan beberapa jenama lain.

Terdahulu, seorang lagi bintang terkenal di China iaitu Kris Wu telah ditahan sekitar Jun lalu selepas didakwa merogol seorang pempengaruh kecantikan iaitu Du Meizhu yang berusia 18 tahun.

Sumber: CNA Lifestyle



source https://ohbulan.com/pelakon-lelaki-ditahan-polis-langgan-pelacur-berulang-kali

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman