Dapatkan berita yang trending, hiburan terkini & kisah yang viral di facebook & instagram...

test

Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Rabu, 7 September 2022

Diminta Buka Tudung Untuk Berlakon & Promosi Produk, Linda Rafar Tolak Tawaran Bayaran Tinggi

Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar mendedahkan bahawa dia masih lagi menerima tawaran berlakon serta mempromosikan produk yang memerlukannya membuka hijab walaupun dirinya sudah lama bertudung.

Dapat bayaran cukup lumayan

Menurut Linda, lebih menguji lagi apabila bayaran yang ditawarkan cukup lumayan, namun dia ikhlas melepaskan kerana tidak mahu mempermainkan hukum agama.

Banyak sebenarnya. Ada yang menawarkan watak tidak berhijab dengan bayaran tinggi, malah jenama antarabangsa juga memerlukan khidmat saya untuk mempromosikan produk mereka dengan syarat kena buka tudung.

Saya pernah diminta penggiat industri supaya membuka tudung untuk menaikkan semula nama kerana mereka yakin lebih banyak tawaran akan diterima.

Ujar anggota kumpulan Elite ini lagi, dia menganggap perkara itu sebagai salah satu ujian daripada Allah SWT untuk menjadian dirinya kuat dan istiqomah dalam menutup aurat dengan sempurna.

Memang sukar dan ada kalanya hampir membuatkan kita terpengaruh serta terfikir untuk melakukannya kerana ramai pelakon yang menerima tawaran bertali arus selepas menanggalkan hijab.

Syurga bukan percuma. Kalau saya pilih jalan sebaliknya, maka sia-sia segala usaha saya ke arah syurga Allah.

Dalam pada itu, pelakon berusia 44 tahun itu menyatakan bahawa sokongan daripada keluarga adalah penting bagi seseorang wanita untuk kekal istiqomah dalam menutup aurat.

Paling penting, selalu berdoa dan meminta kepada Allah agar dilindungi dan dielakkan daripada terpesong ke jalan yang salah. Kita tidak boleh sekadar bercakap, sebaliknya perlu meminta supaya urusan kita dipermudahkan Allah SWT.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia 



source https://ohbulan.com/diminta-buka-tudung-untuk-berlakon-promosi-produk-linda-rafar-tolak-tawaran-bayaran-tinggi

Post Top Ad

Your Ad Spot

Halaman