
Penyanyi global terkenal, Justin Bieber umum akan batalkan konsert jelajah dunia, Justice World Tour kerana masalah kesihatan iaitu Sindrom Ramsay-Hunt yang dihidapi pada awal tahun ini selepas mendapat nasihat doktor.
Artikel Berkaitan: Isteri Dedah Keadaan Justin Bieber Semakin Pulih, Netizen ‘Excited’ Nak Pergi Konsert
‘Saya dah bagi segalanya’

Pemberitahuan pembatalan jelajah itu dimuat naik sendiri oleh Justin di akaun Instagramnya dengan mengatakan bahawa dia mengalami keletihan yang melampau sebaik saja selesai konsert terbaharunya di Brazil menyebabkan dia terpaksa untuk mengutamakan kesihatannya.
Perlu rehat buat sementara waktu

Selepas buat enam persembahan secara langsung, saya jadi cepat penat dan betul-betul menyeksakan sampai saya perlu utamakan kesihatan saya. Jadi, saya akan berehat sebentar dari jelajah buat sementara waktu.
Tambah suami kepada model Hailey Bieber itu lagi, dia berada dalam keadaan yang baik ketika ini namun memerlukan masa untuk berehat dan betul-betul pulih sebelum kembali melakukan siri jelajah.
Sebelum ini, Justin memuat naik video keadaan dirinya yang mengalami lumpuh di bahagian kanan mukanya akibat Sindrom Ramsay-Hunt menyebabkan dia terpaksa membatalkan beberapa konsert pada Mac sebelum menyambung semula beberapa minggu kemudian.
Sumber: justinbieber
source https://ohbulan.com/saya-perlu-rehat-justin-bieber-umum-batal-konsert-jelajah-dunia-kerana-masalah-kesihatan
