
Program realiti popular, Gegar Vaganza (GV) kini kembali dengan musim ke-9 bersama 13 barisan bintang penyanyi yang bakal berentap untuk merebut gelaran juara.
Artikel Berkaitan: ‘Maaf, Kami Rakan-Rakan GV Terpaksa Simpan Rahsia’ -Ani Maiyuni
6 solo lelaki, 6 solo wanita dan 1 kumpulan

Penyertaan 13 bintang penyanyi musim kali ini terdiri dari enam penyanyi solo lelaki, enam penyanyi solo wanita dan satu kumpulan.
Enam penyanyi solo wanita yang bakal bertanding adalah Jaclyn Victor, Shila Amzah, Dina Nazir Pat Candy, Tom dan Haida Hasnan.
Manakala enam penyanyi solo lelaki diikuti oleh Tomok, Bob Yusof, Roy Kapilla, Fuad Rahman, Hazrul Nizam dan Asheed.
Bagi penyanyi berkumpulan pula diwakili oleh grup VE yang dianggotai oleh Zaf, Cham, Adeeb dan juga Hakim.
Masih kekal format sama

GV9 masih lagi mengekalkan format sama yang mana sistem penjurian dilakukan dengan pemarkahan 100% dari barisan juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang dan juga, Datuk Syafinaz Selamat.
Bagi pengacara pula, musim kalini akan dikendalikan oleh Nabil Ahmad dan juga Elly Mazlein.
Konsert GV9 akan mula bersiaran secara langsung bermula 18 September ini selama 10 minggu dari MBSA dan juara akan pulang trofi beserta wang tunai bernilai RM100,000.
source https://ohbulan.com/jaclyn-victor-shila-azmah-tomok-antara-13-bintang-yang-bakal-berentap-di-gv9
