Disaat umat Islam sedang gembira menyambut hari raya yang menjelang tiba, namun lain pula yang menimpa sebuah keluarga ini apabila mereka dengan sekelip mata menjadi yatim piatu apabila kehilangan dua insan tersayang pada hari yang sama ketika Aidilfitri.
Hilang ibu bapa berselang 12 jam
Menurut Farahana Mohd Fakri, pemergian ibu dan bapanya itu bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk diterima, namun dia bersama adiknya tetap reda dengan ketentuan yang tetapkan oleh Allah SWT.
Difahamkan, ibu, Norsah Chik, 59, dan bapanya, Mohd Fakri Abdullah, 60, menghembus nafas terakhir hanya berselang 12 jam ketika umat Islam sedang bergembira menyambut Syawal kedua.
Ujarnya lagi, ibunya meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi di rumah mereka di Guar Chempedak, Sungai Petani selepas menderita kanser usus tahap empat dan bapanya pula meninggal dunia di hospital akibat serangan jantung pada pukul 8.50 malam.
Ibu kemudiannya terpaksa dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) sebelum doktor yang melakukan pemeriksaan memberitahu yang arwah menghidap kanser usus tahap empat.
Doktor pada mulanya mahu melakukan pembedahan namun selepas perbincangan, kami tiga beradik mengambil keputusan untuk membawa ibu pulang dan menjaganya secara bergilir.
Bercerita mengenai saat-saat terakhir ibunya, Farahana mengatakan malam sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir, adiknya melihat arwah ibunya sudah berada dalam keadaan lemah dan berbaring dengan kakinya menghadap kiblat.
Kami adik beradik kemudiannya membaca surah Yasin sehinggalah arwah akhirnya menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarga dan kami reda dengan pemergiannya.
Doktor beritahu bapa dah nazak
Lebih sebak lagi apabila ketika mereka sedang sibuk menguruskan jenazah ibunya, dia dihubungi oleh doktor yang memintanya untuk datang dengan segera ke hospital kerana bapanya sudah nazak.
Sebaik tiba di hospital, saya sempat meminta maaf kepada bapa selain turut memberitahunya yang ibu sudah meninggal dunia walaupun bapa ketika itu sudah tidak sedarkan diri.
Bagaimanapun, bapa disahkan meninggal dunia pada 8.50 malam oleh doktor akibat serangan jantung dan kami sekeluarga reda dengan pemergian dua insan tercinta pada hari yang sama.
Dalam pada itu, arwah bapanya sempat menghubunginya sebelum berbuka puasa untuk memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan ke hospital bersama rakannya kerana sakit dada.
Saya sempat bertemu dengannya di hospital sebelum dia ditidurkan dan doktor ketika itu sudah memberitahu yang keadaan bapa sangat teruk.
Walau bagaimanapun, jenazah ibunya selamat dikebumikan selepas solat Asar pada hari Selesa lepas, manakala jenazah bapanya dikebumikan pada tengah malam semalam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kolam, Guar, Chempedak. Kedua-dua jenazah ibu bapanya dikebumikan bersebelahan antara satu sama lain.
Sumber : Harian Metro, Fatin Nadia
source https://ohbulan.com/sekelip-mata-jadi-yatim-piatu-ibu-bapa-meninggal-dunia-selang-12-jam-pada-syawal-kedua