Setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak. Pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ada gaya asuhan untuk membentuk dua anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Artikel Berkaitan: ‘Nada Suara Saya Lembut Tapi Tegas Dengan Anak-Anak’ – Hanis Zalikha
Cara mendidik tak sama
Ketika ditemui OhBulan!, Hairul, 34, memberitahu dia tidak pernah merotan atau mencubit anak-anak sekiranya ada melakukan kesalahan.
Namun, kata pemilik nama Hairul Azreen Idris, Yusuf, 6, dan Alisa, 3, lebih takut dengannya berbanding Hanis.
Sebenarnya anak-anak takut dengan kami berdua terutama mereka takut dengan saya la. Kalau saya tak bagi sesuatu atau baru sebut ‘aaa’ sahaja pun mereka takut dan menangis.
Nak cakap mengenai parenting ini, masing-masing mempunyai cara tersendiri. Mungkin cara saya pun tak sama dengan ibu bapa lain. Selalunya, kalau saya marah, Hanis akan pujuk.
Sama juga kalau Hanis marah, saya pula akan pujuk. Saya tak pernah rotan mereka..tak pernah la cubit. Saya tegur dengan pandangan, mereka akan diam.
Buat rujukan di masa depan
Dalam pada itu, Hanis atau nama sebenarnya Hanis Zalikha Zainal Rashid menyatakan dia menjadikan media sosial sebagai diari tentang anak-anak dan boleh dirujuk pada masa akan datang.
Kami memang share saja tapi mungkin orang baca macam kenapa nak share. Bagi saya, perkongsian itu untuk rujukan saya sendiri untuk anak seterusnya.
Sebab masa selepas lahirkan Yusuf, ada beberapa perkara penting yang saya tak kongsi menyebabkan bila saya lahirkan Alisa, tak tahu nak ambil rujukan dari mana.
Jadi, kali ini saya banyak kongsikan di laman sosial untuk rujukan sendiri. Sekurang-kurangnya bila saya kongsi, saya boleh cari balik bila perlu.
Kiranya seperti diari juga la. Kalau orang nak fikir lain itu, tak kisahlah.
Untuk rekod, Hairul mendirikan rumah tangga dengan Hanis pada Jun 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: Instagram @haniszalikha
source https://ohbulan.com/saya-tak-pernah-rotan-atau-cubit-anak-anak-hairul-azreen